Utusan Borneo (Sabah)

Memenangi kejuaraan di permukaan tanah liat sama seperti memenangi kejuaraan Grand Slam Terbuka AS 2021: Medvedev

-

ROM: Daniil Medvedev berkata pada Ahad bahawa menamatkan badi gagal memenangi kejuaraan di permukaan tanah liat sejak sekian lama adalah hampir sama seperti memenangi kejuaraan Grand Slam Terbuka Amerika (AS) pada 2021.

Jaguh dari Rusia itu menambah kejuaraan pertamanya di permukaan tanah liat ke dalam 19 koleksi kejuaraan dalam kariernya selepas menewaskan Holger Run dari Denmark 7-5 dan 7-5 di final Terbuka Itali.

Ia adalah kejuaraan kelimanya musim ini dan kejuaraan Siri Master yang keenam dalam karier dari enam venue berbeza.

“Apa pun, ia satu kemenangan luar biasa,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

“Saya tidak pernah memikirkan saya akan memenangin­ya. Tetapi secara jujurnya – kejuaraan Grand Slam sentiasa lebih besar.”

Dia menambah: “Kejuaraan ini adalah istimewa kerana saya tidak fikir ia akan berlaku, saya masih seperti tidak percaya – bukan kerana saya memenangin­ya tetapi saya bermain dengan sangat baik sepanjang minggu ini.”

Medvedev, yang memiliki rekod 0-3 dalam tiga kunjungan di ibu kota Itali itu, menewaskan juara 2017, Alexander Zverev dan naib juara tahun lepas, Stefanos Tsitsipas ketika melangkah ke final pada Ahad.

“Saya tidak fikir saya akan memenangi satu kejuaraan Siri Master di permukaan tanah liat dalam karier saya kerana saya kebiasaann­ya tidak menyukai permukaan ini. Saya tidak suka bermain di tanah liat. Saya tidak berasa selesa dan tiada apa yang menjadi bagi saya.”

Pemain ranking ketiga dunia itu akan naik ke ranking kedua selepas kemenangan ini dan mengakui dia sudah mula merasai kegembiraa­n bermain di permukaan paling perlahan dalam sukan tenis.

“Saya tidak suka permukaan tanah liat tetapi sekarang kita boleh mula mengenali,” kata Medvedev selepas bertarung satu jam dan 41 minit untuk menewaskan lawan berusia 20 tahun.

“Saya suka bermain di permukaan simen tetapi saya juga menyukai permukaan tanah liat sekarang.”

Medvedev akan diletakkan sebagai pilihan kedua pada kejohanan Terbuka Perancis, yang bermula Ahad ini, di belakang Carlos Alcaraz sementara juara dua kali, Novak

Djokovic adalah pilihan ketiga kejohanan.

Rafael Nadal, juara untuk rekod 14 kali Terbuka Perancis, menarik diri dari kejohanan kerana kecederaan yang dialami pada bulan Januari masih belum sembuh sepenuhnya.

“Saya fikir ia lebih baik menjadi pemain ranking kedua dunia – saya dan Carlos pastinya tidak akan bertemu sebelum final, dan mungkin saya ada 50 peratus peluang menentang Novak, jika dia tidak berada dalam kelompok jadual perlawanan saya,” kata Medvedev.

Medvedev tewas di pusingan pertama pada empat kunjungan pertamanya di Terbuka Perancis, sebelum melangkah ke peringkat suku akhir pad 2021 dan pusingan 16 akhir pada 2022.

Pada Ahad, dia bermain di final kedua di permukaan tanah liat selepas tewas kepada Dominic Thiem di Barcelona pada 2019.

Rune cuba menjadi juara paling muda di sini sejak Nadal (19 tahun) ketika memenangi kejuaraan pada 2006.

Rune mengejutka­n Djokovic dan Casper Ruud ketika melangkah ke final dan mengintai kejuaraan Siri Master kedua selepas menang di Paris tahun lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAMI JUARA: Gundogan menjulang trofi ketika bergambar bersama rakan sepasukan pada upacara meraikan kemenangan gelaran kejuaraan sejurus tamat perlawan Manchester City menentang Chelsea di Stadium Etihad di Manchester, barat laut England, kelmarin.
— Gambar AFP KAMI JUARA: Gundogan menjulang trofi ketika bergambar bersama rakan sepasukan pada upacara meraikan kemenangan gelaran kejuaraan sejurus tamat perlawan Manchester City menentang Chelsea di Stadium Etihad di Manchester, barat laut England, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia