Utusan Borneo (Sabah)

Man City raih bonus berganda Rai kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Chelsea

-

“Semua kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah istimewa. Ia sentiasa sangat sukar untuk memenangin­ya.

LONDON: Manchester City meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 ke atas Chelsea sebelum Ilkay Gundogan menjulang trofi di hadapan penyokong kelab sementara Leeds United semakin hampir mengesahka­n penyingkir­an dari liga pada Ahad.

City mengesahka­n kejuaraan liga buat kali kelima dalam enam musim pada Sabtu apabila pencabar terdekat mereka, Arsenal, tewas 0-1 di Nottingham Forest.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu juga meraih kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut dengan memenangi 12 perlawanan liga berturut-turut ketika gol Julian Alvarez dalam separuh masa pertama mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam semua pertanding­an kepada 24 perlawanan.

Rekod cemerlang itu menyebabka­n Arsenal ketinggala­n dan harapan untuk menamatkan penguasaan City di singgahsan­a liga berakhir pada dua bulan terakhir musim selepas mendahului dan berkelebih­an tujuh mata di tangga teratas berbanding City sehingga bulan Februari.

“Semua kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah istimewa. Ia sentiasa sangat sukar untuk memenangin­ya,” kata Guardiola.

“Kami terpaksa bersaing dengan Arsenal dan menunggu jika mereka akan tercicir mata. Mereka ada tercicir mata dan kami mengambil peluang yang ada. Anda tidak tahu bagaimana kami memberi respons tetapi pasukan melakukann­ya dengan hebat.”

Sambutan kegembiraa­n penyokong sudah bermula pada masa bas yang membawa pasukan mereka tiba di Stadium Etihad, yang dikeliling­i penyokong sambil mengibar bendera kelab dan membakar suar berwarna biru.

City, tujuh mata di hadapan Arsenal dengan baki dua perlawanan, akan meletakkan nama mereka sebagai salah sebuah kelab terhebat bola sepak Inggeris jika memenangi kejuaraan Piala FA dan Liga Juara-Juara dalam pemburuan kejuaraan terbaharu mereka selepas memenangi Liga Perdana Inggeris.

City akan bertemu dengan kelab jiran, Manchester United di final Piala FA Inggeris pada 3 Jun dan kemudian menentang Inter Milan di final Liga Juara-Juara ketika mereka cuba memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab.

United adalah pemenang tiga kejuaraan dalam satu musim yang terakhir dari England pada 1999 dan City sememangny­a mengintai peluang untuk menyamai pencapaian kelab jiran mereka itu.

“Anda harus memenangi Liga Juara-Juara untuk dianggap sebagai salah satu pasukan terbaik tetapi juga ia tidak adil untuk berkata jika anda tidak memenangin­ya, (kejuaraan) Liga Perdana tidak masuk akal,” kata Guardiola.

“Sememangny­a ia masuk akal, sememangny­a ia penting. Ia melibatkan perlawanan setiap minggu. Kelab ini memenangi lima dari enam musim terakhir, sesuatu yang luar biasa.”

Pemain Chelsea memberikan barisan penghormat­an kepada pemain City ketika melangkah keluar masuk ke dalam padang sebelum perlawanan.

Dengan pemain dan penyokong City sudah tidak sabar untuk memulakan pesta kegembiraa­n, Alvarez memastikan Chelsea tidak mencemarka­nnya.

Penyerang antarabang­sa Argentina itu menjaringk­an gol dari umpanan Cole Palmer pada minit ke-12.

Selepas beratus-ratus penyokong memasuki padang selepas tamat perlawanan, apa yang tinggal ialah majlis penyampaia­n hadiah.

Guardiola dan pemainnya menerima pingat sebelum Gundogan menjulang trofi kejuaraan sambil diiringi tembakan bunga api.

Di kelompok bawahan liga, Leeds United tewas 1-3 di West Ham United ketika gol pembukaan Leeds oleh Rodrigo, dibatalkan oleh gol Declan Rice, Jarrod Bowen dan Manuel Lanzini.

Skuad kendalian Sam Allardyce itu kekal dalam zon penyingkir­an dua mata di belakang Everton yang berada di atas zon penyingkir­an, dengan kedua-dua pasukan berbaki satu perlawanan sahaja lagi.

Walaupun jika Leeds menewaskan Tottenham Hotspur pada perlawanan terakhir, mereka tetap akan tersingkir dari liga jika Everton menewaskan Bournemout­h di Goodison Park.

Leeds, yang kurang tiga gol di belakang Everton, memerlukan Everton tewas dengan teruk untuk peluang terus kekal dalam Liga Perdana.

“Kami tidak menunjukka­n kualiti apabila diperlukan. Jadi minggu hadapan, kami harus lebih bagus untuk menewaskan Tottenham. Itu adalah apa yang dapat kami lakukan,” kata Allardyce.

Pada perlawanan lain, Brighton mengesahka­n penampilan dalam bola sepak Eropah buat kali pertama dalam sejarah mereka apabila menewaskan Southampto­n 3-1.

Evan Ferguson menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama dan walaupun Mohamed Elyounouss­i merapatkan kedudukan, Pascal Gross melengkapk­an jaringan buat Brighton.

Anak buah Roberto De Zerbi itu berada di tangga keenam liga dan akan dijamin beraksi dalam Liga Europa musim hadapan jika mengutip satu mata dari dua perlawanan terakhir.

Perbezaan gol yang lebih besar untuk Brighton berbanding pasukan di tangga ketujuh, Aston Villa, seharusnya menjamin mereka tidak akan tercicir ke Liga Konferensi Europa.

“Saya fikir kami selayaknya kejayaan ini. Kelab, pemain dan penyokong, mereka harus membuat pasport untuk berkunjung ke Eropah musim hadapan,” kata De Zerbi. — AFP

Pep Guardiola Pengurus Manchseter City

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Mbappe (kanan) mengawal bola pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Auxerre dan Paris Saint-Germain di Stade de l’Abbe-Deschamps di Auxerre, kelmarin.
— Gambar AFP FOKUS: Mbappe (kanan) mengawal bola pada perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Auxerre dan Paris Saint-Germain di Stade de l’Abbe-Deschamps di Auxerre, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia