Utusan Borneo (Sabah)

Mbappe bantu PSG meraih kemenangan 2-1di Auxerre

-

PARIS: Dua gol Kylian Mbappe memastikan Paris Saint Germain (PSG) menang 2-1 di Auxerre, yang hampir pasti mengesahka­n kejuaraan Ligue 1 Perancis buat kali kedua berturut-turut dan untuk kali kesembilan dari 11 musim terakhir.

Gol Mbappe, gol ke 27 dan 28 liga musim ini, hadir dalam lapan minit pertama perlawanan di Stade AbbeDescha­mps.

Auxerre merapatkan kedudukan pada awal separuh masa kedua menerusi gol Lassine Sinayoko tetapi PSG bertahan untuk mengesahka­n kemenangan yang meletakkan mereka berkelebih­an enam mata di tangga teratas berbanding Lens dengan baki dua perlawanan.

Mereka hanya perlu seri di Strasbourg pada hujung minggu ini untuk secara rasmi menjadi juara Ligue 1 Perancis untuk rekod kali ke-11.

Bagaimanap­un, perbezaan gol lebih banyak berbanding Lens bermakna mereka hampir pasti akan memenangi kejuaraan liga walaupun gagal memenangi baki dua perlawanan dan Lens berkongsi mata di akhir musim.

Mbappe membuka jaringan selepas menerima umpanan Fabian Ruiz sebelum menjadikan kedudukan 2-0 dua minit kemudian dari satu umpanan Lionel Messi.

Rayan Raveloson melihat cubaannya terkena palang untuk pasukan tuan rumah, yang akhirnya merapatkan kedudukan enam minit selepas rehat dari satu tandukan Nuno da Costa.

Skuad kendalian Christophe Galtier itu berharap untuk mengesahka­n kejuaraan liga pada Ahad tetapi Lens menewaskan Lorient 3-1 pada perlawanan awal untuk memastikan mereka terpaksa menunggu sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Kekalahan menyebabka­n Auxerre masih satu mata dan satu anak tangga di atas zon penyingkir­an dengan berbaki dua perlawanan sahaja lagi musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia