Utusan Borneo (Sabah)

Ladang komersial tingkatkan hasil pertanian

Terdapat 39 sehingga 40 padang ragut di sekitar Tambunan yang akan menjadi ladang besar

-

TAMBUNAN: Ladang komersial seluas 20 ribu ekar antara usaha bagi meningkatk­an hasil pertanian di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian Dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata terdapat 39 sehingga 40 padang ragut di sekitar Tambunan dan sekiranya dikumpulka­n, akan menjadi satu ladang besar yang akan dimanfaatk­an untuk tumbuhan komersial.

“Sebagai permulaan, lapan padang ragut akan dijadikan lokasi penanaman kelapa dengan kerjasama Syarikat Malaysian Kuwaiti Investment Corporatio­n (MKIC) Sdn Bhd bermula hujung tahun ini.

“Selain itu, kita juga telah mengenal pasti kawasan di Solibog yang menyediaka­n kemudahan Koperasi Pembanguna­n Desa dan sesuai untuk dijadikan pusat pengumpula­n hasil pertanian yang pertama di Tambunan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tambunan 2023 di Dewan Terbuka Pisompurua­n.

Dr Jeffry turut memaklumka­n bagi memperbaik­i liputan Internet di daerah berkenaan, Program Pilot Projek (TVWS) akan dilaksanak­an.

“Kita akan membangunk­an sistem baru akses Internet yang disebut TVWS iaitu dengan mengisi ruang kosong yang disebut ruang putih (White Spaces) pada rangkaian televisyen dengan memasukkan akses Internet.

“Program tersebut akan dibuat di kawasan yang akan dikenal pasti pada akhir tahun ini bertujuan mendapatka­n liputan rangkaian Internet di kawasan luar bandar khususnya sekolah-sekolah merangkumi 20 ke 30km rangkaian akses liputan,” ujarnya.

Pada program tersebut juga, lima anugerah khas disampaika­n kepada individu dan syarikat yang berjaya dalam aktiviti pertanian iaitu pengusaha hiliran halia, Henry Charles, pengusaha padi dan sayuran Norika Tajim serta pengusaha projek akuakultur air tawar, Nicholas Denis.

Tidak ketinggala­n, pengusaha Community Based Tourism (COBT), Oswald Iking, pengurusan Tagal Tradisi, Sylvester Dosis dan bagi kategori Independen­t Operator, Maxcimus Michael.

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin

Madingkir, Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makajil dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pertanian Dan Perikanan, Robert Stidi. — Penerangan

 ?? ?? RASMI: Dr Jeffrey (hadapan) memukul gong sebanyak tujuh kali simbolik Pesta Kaamatan.
RASMI: Dr Jeffrey (hadapan) memukul gong sebanyak tujuh kali simbolik Pesta Kaamatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia