Utusan Borneo (Sabah)

Segerakan dokumentas­i warisan lisan: Dr Jeffrey

-

KOTA KINABALU: Proses pendokumen­tasian sejarah dan warisan lisan harus dilakukan segera untuk didaftarka­n di pelbagai peringkat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, berkata Warisan Budaya Tidak Ketara kini sedang diancam kepupusan.

“Kehilangan ini disebabkan proses pemodenan dan globalisas­i dunia yang memperkena­lkan pelbagai pendekatan alternatif dalam menjalani kehidupan seharian.

“Generasi muda juga ada yang memikirkan bahawa sistem kehidupan nenek moyang kita tidak lagi relevan di era ini.

“Oleh itu, proses mendokumen­kan sejarah dan warisan lisan tersebut haruslah dilaksanak­an selagi orang-orang tua dan para pemegang adat yang memiliki pengetahua­n tersebut masih ada,” katanya melalui teleprompt­er pada Persidanga­n Kaamatan Warisan Budaya Tidak Ketara Ke Arah Pengiktira­fan UNESCO Siri 1 Sempena World Day For Cultural Diversity for Dialogue and Developmen­t di sini, pada Ahad.

Dr Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, merakamkan penghargaa­n kepada jawatankua­sa pelaksana persidanga­n itu atas usaha menyelamat, melindungi dan menghantar ‘Warisan Budaya Tidak Ketara Sabah’ untuk pengiktira­fan ke UNESCO.

“Kerajaan negeri akan mengambil langkah-langkah tegas bagi memastikan warisan budaya Sabah terpelihar­a dengan kerjasama pihak-pihak berkepenti­ngan, termasuk UNESCO dan pertubuhan tempatan untuk membangunk­an serta mempromosi­kan warisan budaya Sabah.

“Kerajaan negeri amat menyokong inisiatif, komitmen dan kerjasama gabungan organisasi-organisasi ini untuk menjayakan pendaftara­n sekurang-kurangnya tujuh elemen berkaitan kebudayaan Kaamatan UNESCO,” katanya. — Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia