Utusan Borneo (Sabah)

Erat hubungan melalui pertanding­an bola sepak

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Satu pertanding­an bola sepak persahabat­an empat penjuru berjaya dianjurkan bersama antara Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan My Friend Community (MFC) di sini baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Generasi Baharu LDP, Nicholas Ban berkata kemenangan bukan menjadi fokus utama dalam pertanding­an persahabat­an berkenaan. Sebaliknya, pertanding­an itu akan memberi pengalaman kepada setiap pemain sekali gus mengeratka­n hubungan dalam kalangan peminat bola sepak.

“Semua pemain dan pasukan telah menunjukka­n semangat kesukanan yang positif dalam pertanding­an selama dua hari ini.

“Kemenangan tidak menjadi fokus kita, tetapi pengalaman yang diperolehi oleh setiap pemain akan membolehka­n mereka menjadi lebih baik pada masa depan,” katanya ketika merasmikan pertanding­an berkenaan di sini, baru-baru ini.

Nicholas juga berterima kasih kepada Pihak Penganjur Sani Manap dari MFC kerana menjemput beliau merasmikan pertanding­an itu.

Katanya, MFC juga difahamkan akan menyertai Liga M5 pada bulan hadapan dan pasukan itu diharapkan mampu mencapai keputusan terbaik sepanjang pertanding­an.

Hadir sama ialah Ketua Pergerakan Pemuda LDP Loong Kok Seng, Ketua Pergerakan Wanita LDP Glenna Wong, Timbalan Ketua Pergerakan Generasi Baharu LDP Eric Hei serta pemimpin LDP yang lain.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie Martin, Noorazmahi­rah Noorzain, Naib Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat, Siti Khalidah Mahalil serta tetamu kehormat lain.

Dalam pertanding­an itu, pasukan yang menjadi juara adalah Koppa, naib juara MFC, ketiga ialah Maybank dan keempat KPJ.

 ?? ?? KENANGAN: Nicholas (belakang, lima kanan) menyampaik­an piala kepada pasukan yang menang dalam pertanding­an berkenaan.
KENANGAN: Nicholas (belakang, lima kanan) menyampaik­an piala kepada pasukan yang menang dalam pertanding­an berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia