Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti Pra-Universiti SMK Labuan jalani kerjasama dengan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan

-

LABUAN: Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Labuan telah berjaya melaksanak­an Forum Pengenalan Program Tawaran dan Syarat Kemasukan ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) yang diadakan di Dewan Mutiara, SMK Labuan pada Sabtu lalu.

Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim berkata, program ini merupakan satu jaringan dan jalinan bersama antara PTE, SMK Labuan dan UMSKAL yang diwakili oleh Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL).

Katanya, program ini telah dihadiri oleh 34 pensyarah Pusat Tingkatan Enam, 120 guru SMK Labuan, 4 kaunselor dari sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan, 146 pelajar Tingkatan Enam dan 144 pelajar Tingkatan Enam yang telah tamat pengajian.

Forum tersebut telah dikendalik­an dengan jayanya oleh moderator Fazlinah Razali dan panel-panel jemputanny­a terdiri daripada

Penolong Kanan Tingkatan Enam, SMK Labuan, Saminan Sabtu, Dekan, Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabang­sa) FKAL, Dr Ricky Chia Chee Jiun.

Saminan menerangka­n bahawa sesiapa pun layak untuk memasuki pengajian Tingkatan Enam dengan syarat mata nilaian keputusan pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka tidak melebih 12 mata.

Katanya, apabila berada di Tingkatan 6 pelajar-pelajar dikehendak­i memilih satu daripada 7 pakej saluran yang ditawarkan.

Prof Madya Dr Geoffrey pula memaklumka­n sekiranya mendapat tawaran universiti, walalupun pelajar berhadapan dengan masalah kewangan, pelajar perlu sedaya upaya untuk sampai dan mendaftar sebagai pelajar bagi membolehka­n pelajar mendapat akses kepada pelbagai bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak universiti.

Dr Ricky pula menekankan kepentinga­n pelajar semasa memohon tempat di IPTA untuk memuat naik dokumen penting di dalam sistem UPU dengan betul untuk mengelakka­n keciciran berlaku.

Beliau juga berpesan agar pelajar berusaha mendapatka­n Band 4 untuk ujian MUET bagi membolehka­n pelajar mengambil opsyen bahasa asing di universiti kelak bagi menambah nilai kerjaya seseorang pelajar.

Majlis tersebut diakhiri dengan upacara menandatan­gani surat niat (Letter of Intention) di antara kedua-dua entiti dan LoI ini antaranya membuka peluang kerjasama dalam kalangan pensyarah-pensyarah keduadua organisasa­i.

Prof Madya Dr Geoffrey mewakili Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan manakala SMK Labuan diwakili Mohd Nizam telah menyempurn­akan majilis tandatanga­n LOI untuk kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Ia juga memberikan pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Labuan peluang yang lebih cerah untuk memasuki IPTA terutamany­a Fakulti Kewangan

Antarabang­sa Labuan.

Jalinan jaringan kerjasama yang pertama adalah pada 9 – 11 Jun 2023 di mana Dr Geoffrey telah menjemput semua pelajar Tingkatan 6, pensyarah-pensyarah, guruguru kaunselor, pelajar IPTA seperti Kolej Matrikulas­i, Institut Latihan Perindustr­ian, Kolej Vokasional dan orang awam untuk menghadiri bengkel meningkatk­an nilai individu melalui program Young Employable Student (YES) UMSKAL.

 ?? ?? KOMITMEN: Pensyarah dan pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan bergambar kenangan bersama Mohd Nizam dan Prof Madya Dr Geoffrey.
KOMITMEN: Pensyarah dan pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan bergambar kenangan bersama Mohd Nizam dan Prof Madya Dr Geoffrey.
 ?? ?? TANDATANGA­N: Prof Madya Dr Geoffrey (kiri) dan Mohd Nizam menandatan­gani surat niat untuk kerjasama yang lebih erat antara FKAL dan SMK Labuan.
TANDATANGA­N: Prof Madya Dr Geoffrey (kiri) dan Mohd Nizam menandatan­gani surat niat untuk kerjasama yang lebih erat antara FKAL dan SMK Labuan.
 ?? ?? BERTANYA: Pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan mengajukan soalan pada Forum Pengenalan Program Tawaran.
BERTANYA: Pelajar Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan mengajukan soalan pada Forum Pengenalan Program Tawaran.
 ?? ?? KERJASAMA: Mohd Nizam (empat kanan) dan Prof Madya Dr Geoffrey (empat kiri) selepas Forum Pengenalan Program Tawaran.
KERJASAMA: Mohd Nizam (empat kanan) dan Prof Madya Dr Geoffrey (empat kiri) selepas Forum Pengenalan Program Tawaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia