Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan usaha pastikan harga gula terkawal

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa berusaha mencari mekanisme terbaik bagi memastikan harga gula terkawal dan rakyat tidak perlu membayar lebih untuk bahan makanan asas itu, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Kalau macam mana pun bahan mentah naik, gas asli naik, kita (kerajaan) sentiasa berusaha mencari jalan terbaik agar rakyat masih dapat membeli gula dengan harga yang kita kawal dan rakyat tidak membayar lebih untuk harga gula,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat, di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai penurunan kuasa untuk membeli dalam kalangan pengguna ketika bulan puasa dan perayaan Aidilfitri baru-baru ini apabila harga barangan asas naik dengan ketara.

Salahuddin juga menyangkal dakwaan kononnya harga bahan asas di negara ini naik mendadak termasuk gula.

Beliau menjelaska­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengawal 43 jenis barangan kawalan seperti minyak masak, beras dan RON95.

Sementara itu, beliau memaklumka­n kuasa beli pengguna telah meningkat dalam tempoh enam bulan dan ia dibuktikan dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama tahun ini yang mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 5.6 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh.

Salahuddin berkata kadar inflasi bagi makanan bermasak telah turun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus hasil pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah.

“Kementeria­ntelahberu­saha untuk meningkatk­an kuasa beli ini,” katanya dan memaklumka­n KPDN telah melaksanak­an Jualan Rahmah di 3,500 lokasi dan 120 kawasan Parlimen di seluruh negara yang mencatatka­n nilai jualan berjumlah RM52.6 juta setakat semalam.

Katanya, sebanyak 14,000 barangan asas keperluan suri rumah diberikan diskaun sebanyak tiga hingga 50 peratus.

Dalam sidang media selepas itu, Salahuddin berkata pihaknya menerima aduan mengenai kekurangan bekalan gula melibatkan beberapa kawasan di Kedah sejak kelmarin yang didapati berpunca daripada kelewatan penghantar­an bekalan kepada peruncit.

Beliau berkata isu tersebut bagaimanap­un berjaya diatasi sepenuhnya semalam, hasil tindakan pantas penguat kuasa menerusi Ops Manis dengan pemeriksaa­n ke atas 214 pemborong, peruncit dan pengeluar gula di negeri itu.

“Bekalan gula di peringkat pemborong utama di Kedah yang mendapat bekalan daripada MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) telah berjaya dipulihkan ke tahap 796.721 tan metrik,” katanya.

Salahudin turut memberi jaminan bekalan gula menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada hujung bulan depan mencukupi dan KPDN akan mengumumka­n pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut, Khamis ini.

Sementara itu, beliau berkata kementeria­n telah membuka saluran aduan rasmi berhubung kes penjualan semula tiket konsert kumpulan Coldplay pada harga tidak munasabah.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan rasmi… sekiranya terdapat tindakan yang perlu diambil KPDN, kita akan berbuat demikian di bawah Akta Pelindunga­n Pengguna 1999,” katanya. — Bernama

 ?? ?? TERMETERAI: (Dari kiri) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTP Profesor Dr Nor Hisham Hamid, Hilmi, Ong dan Pengarah Teknologi StarFive Kejurutera­an Perisian See Chin Liang pada majlis menandatan­gani MoU.
TERMETERAI: (Dari kiri) Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTP Profesor Dr Nor Hisham Hamid, Hilmi, Ong dan Pengarah Teknologi StarFive Kejurutera­an Perisian See Chin Liang pada majlis menandatan­gani MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia