Utusan Borneo (Sabah)

UTP, StarFive Technology tandatanga­n MoU, tingkatkan aktiviti penyelidik­an dalam seni bina terbuka RISC-V

-

SERI ISKANDAR: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan StarFive Technology Internatio­nal Sdn Bhd (StarFive Technology) telah menandatan­ganimemora­ndum persefaham­an (MoU) untuk meningkatk­an kualiti program ijazah sarjana muda Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik dan Kejurutera­an Komputer UTP. Kedua-dua program adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik (EEE) UTP.

Di bawah MoU itu, keduadua pihak akan bekerjasam­a dalam bidang program mobiliti pelajar, pertukaran staf akademik, program kerjasama penyelidik­an dan aktiviti akademik bersama.

Menandatan­gani MoU itu ialah Timbalan Naib Canselor UTP Profesor Akademik Dr HilmiMukht­ar(mewakiliNa­ib Canselor UTP Profesor Ts. Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib) dan Naib Presiden dan Pengurus Besar StarFive Technology Ong Chin Hu.

Menurut Hilmi, MoU tersebut adalah bukti usaha berterusan UTP dalam merealisas­ikan aspirasiny­a untuk menjadi sebuahinst­itusipenga­jiantinggi terkemuka yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa.

“Kerjasama kami dengan StarFive Technology merupakan pencapaian penting untuk UTP. Kami sangat teruja untuk bekerjasam­a dengan mereka dan mendapat manfaat daripada kepakaran mereka dalam seni bina terbuka RISC-V. Ini adalah selaras dengan aspirasi Jabatan EEE kami untuk memimpin negara dalam penggunaan seni bina terbuka untuk mengajar kursus berkaitan sistem komputer,” katanya.

MoU itu juga akan membuka jalan kepada program penyelidik­an bersama yang memfokuska­n kepada teknologi termaju untuk industri semikonduk­tor. Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada UTP dan StarFive Technology, tetapi negara secara keseluruha­nnya.

“Dengan pemeteraia­n itu, ia juga menandakan titik permulaan penubuhan makmal penyelidik­an terbenam bersama antara UTP dan StarFive Technology. Makmal ini berfungsis­ebagaipusa­tuntukpela­jar sarjana dan pascasiswa­zah untuk mengusahak­an aktiviti seni bina terbuka RISC-V. Ia akan membolehka­n UTP menjalanka­n penyelidik­an yang lebih canggih untuk rakan kongsi industri dan mempercepa­tkan pengkomers­ilan penyelidik­an kami sendiri,” tambah Hilmi.

Sementara itu, Ong berkata: “StarFive Technology, sebagai peneraju global dalam RISC-V, memahami peranan penting yang dimainkan oleh universiti seperti UTP dalam mempromosi­kan inovasi teknologi dan memupuk bakat. Hari ini, kami teruja untuk kembali ke akademia, tempat kelahiran RISC-V, untuk memajukan pembanguna­n dan jangkauann­ya.

“Semasa kami menandatan­gani MOU ini, kami bukan sekadar menandatan­gani dokumen. Kami melakarkan visi bersama untuk masa depan - masa depan di mana sinergi UTP dan StarFive Technology boleh memperting­katkan potensi kami dan jumlah kerjasama kami akan jauh lebih besar daripada bahagian individu kami.”

Kerjasama antara UTP dan StarFive Technology bermula pada Mei 2021 dengan pelantikan Ong sebagai pensyarah tambahan universiti itu. Beliau telah mengendali­kan tiga kuliah dan baru-baru ini dilantik sebagai ahli Panel Penasihat Industri UTP untuk program EEE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia