Utusan Borneo (Sabah)

Lee minta penjelasan mengenai larangan bawa kotak dalam kereta api

- Oleh Hamzah Sanudin LEE

TONGOD: Lagu tempatan berjudul ‘Piginavaan Dih Natahup’ membawa tuah kepada Razwan Garidi apabila muncul juara Sugandoi Pesta Kaamatan daerah Tongod yang berlangsun­g di Dewan Terbuka Dataran Tongod, di sini Sabtu lalu.

Guru Sekolah Kebangsaan Tampasak yang turut membawa lagu kedua ‘Koupusan Sogigisom’ menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM3,000 yang disumbangk­an wakil rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Razwan akan mewakili Tongod dalam pertanding­an Sugandoi peringkat negeri di Hongkod Koisaan pada 29 hingga 30 Mei ini.

Naib johan dimenangi oleh Aldi Jidin yang membawakan lagu ‘Huminodun’ dan ketiga dimenangi, Frellenty Juffery dengan lagu ‘Upus Nu’.

Semua pemenang masingmasi­ng membawa pulang hadiah wang tunai, piala, barangan elektrik berserta sijil.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dana

Bandar (LPPB) ketika merasmikan pertanding­an itu mahukan anak-anak muda perlu mengasah bakat dalam seni muzik tempatan.

Menurutnya, sebelum ini sudah ada anak kelahiran Tongod yang berjaya merakamkan album solo dalam bahasa tempatan Sabah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Olok; dua Penolong Pegawai Daerah, Florencia Pandasian dan Cleophas John Gordon serta Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tongod, Tokyo Hashim Omar.

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Hak Asasi Rakyat Sabah Lee Pun Yee menyatakan rasa terkejut apabila dikenakan denda ketika menaiki kereta api dari Padang Besar ke KL Sentral, kerana membawa kotak dalam kereta api berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia balik dari urusan perniagaan di Thailand dan menaiki kereta api dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa ketika menaiki kereta api di Padang Besar, Perlis, kakitangan bertugas melihat beliau membawa kotak dan tidak memberi apa-apa makluman.

Katanya, ketika berada dalam kereta api, seorang petugas kemudian mendekati beliau dan menyatakan tidak dibenar membawa kotak bersama.

Beliau berkata petugas itu kemudian menyatakan bahawa akan dikenakan denda.

“Saya terkejut kerana tidak mengetahui peraturan melarang membawa kotak yang berat tidak sampai dua kilogram,” katanya dalam satu kenyataan.

Lee berkata petugas yang mengenakan denda itu menyatakan bahawa denda itu adalah prosedur dan dasar syarikat.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Pengangkut­an Anthony Loke untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu.

“Selepas membayar denda, saya bertanya lagi apakah sebab denda itu dikenakan dan kakitangan bertugas tidak memberi kepastian melainkan hanya berkata bahawa ia adalah dasar syarikat,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia