Utusan Borneo (Sabah)

Jentera media sosial UMNO diperkasa tangani isu fitnah

- Oleh Hamzah Sanudin

SANDAKAN: Jentera media sosial UMNO Sabah akan diperkasa bagi menjelaska­n kepada rakyat terutamany­a generasi muda berhubung pelbagai isu fitnah yang cuba menjatuhka­n parti.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, jentera ini melibatkan penggunaan medium Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok di peringkat bahagian UMNO.

“UMNO Sabah memandang serius mengenai media sosial yang menjadi rujukan utama golongan belia dan akan mengambil pendekatan menyeluruh dalam menyalurka­n maklumat berkaitan parti.

“Ia adalah alternatif terbaik bagi mendekati generasi muda, sekali gus mendengar suara hati mereka menerusi kaedah yang lebih mesra, santai dan tidak terlalu protokol,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Libaran berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Biro Penerangan dan Media Baharu UMNO Bahagian Libaran, di sini semalam.

Suhaimi berkata, pendekatan aktif di media sosial seperti Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah Datu Rosman Datu Ahir Zaman, antara contoh terbaik yang harus diikuti.

“Sokongan anak muda amat penting dalam memastikan UMNO terus relevan seiring usaha meremajaka­n parti bagi menghadapi Pilihan Raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, UMNO Sabah akan mengaktifk­an semua jentera Penerangan UMNO Bahagian sebagai usaha menangkis serangan dan tohmahan oleh ‘keyboard worrior’.

“Semua jentera parti di peringkat bahagian juga perlu menyokong saranan Pengerusi Perhubunga­n UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berhubung perkara ini.

“Saranan Bung Moktar ini adalah langkah positif dan bersifat ke hadapan dalam usaha memantapka­n lagi jentera UMNO,” katanya.

 ?? ?? MESYUARAT: Suhaimi (kiri) ketika hadir dalam mesyuarat tersebut.
MESYUARAT: Suhaimi (kiri) ketika hadir dalam mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia