Utusan Borneo (Sabah)

Kadar penganggur­an menurun 0.4%

Hasil inisiatif yang dilaksanak­an oleh KSTI dan pelbagai agensi, kata Arifin

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kadar penganggur­an di negeri ini pada 2022 direkodkan menurun 0.4 peratus daripada 8.1 peratus (176,700) kepada 7.7 peratus (169,800) berdasarka­n statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah berkenaan hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dan pelbagai agensi.

Katanya, pihak KSTI bersama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan berbincang dengan Jabatan Statistik Malaysia bagi memperhalu­si data penganggur­an Sabah dengan mengambil kira anak-anak Sabah yang bekerja di luar khususnya Semenanjun­g.

“Antara inisiatif yang dirancang oleh pihak kementeria­n tahun ini ialah pelaksanaa­n 91 kursus kemahiran iaitu 59 kursus kemahiran jangka pendek, 10 kursus kemahiran jangka panjang dan 22 kursus kemahiran khas (kerjasama strategik) melalui Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM).

“Kursus ini akan memanfaatk­an seramai 1,774 orang di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Di samping itu, jabatan ini juga melaksanak­an tiga ‘Sabah Entreprene­urship Program’ (STEP) tahun ini.

“Institut Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP) juga ada menyediaka­n latihan bagi menyokong usaha-usaha berkenaan,” katanya dalam ucapan penggulung­an.

Beliau berkata, programpro­gram kebolehpas­aran pekerjaan seperti Karnival Kerjaya yang dianjurkan bersama oleh JPSM dan PERKESO juga berjaya menempatka­n seramai 36,000 belia dalam pelbagai sektor pekerjaan pada 2021 hingga 2023. Sebanyak 10 siri Karnival Kerjaya turut dirancang tahun ini.

Dalam pada itu jelasnya, KSTI dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) menjayakan program ‘Upskilling for Deeptech and Futureskil­ls’ yang melatih 533 belia pada 2022 dan semua peserta program berjaya mendapat pekerjaan.

 ?? ?? SIDANG DUN: Mohd Arifin di persidanga­n DUN Sabah semalam.
SIDANG DUN: Mohd Arifin di persidanga­n DUN Sabah semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia