Utusan Borneo (Sabah)

KePKAS belum bercadang bekal sistem pemantauan

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) belum bercadang untuk membekalka­n ‘Sabah Parks United Monitoring System’ di kawasan pelanconga­n di negeri ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya sebelum ini ada menerima kertas cadangan sistem tersebut untuk digunakan di kawasan Taman-Taman Sabah (TTS).

Katanya, sistem ini difahamkan dapat memantau keselamata­n dan aktiviti penguatkua­saan di kawasan-kawasan TTS bagi menghalang pelanggara­n Enakmen Taman-Taman Sabah 1984.

“Namun, pembanguna­n sistem bersepadu tersebut belum dapat dilaksanak­an oleh KePKAS ketika ini atas kekangan kewangan.

“Saya mendapat maklumat daripada kertas cadangan tersebut bahawa pemasangan sistem ini dan kos untuk tujuan berkenaan terlalu tinggi iaitu mencecah RM262 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Diantik, Datuk Amisah Yassin dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 Penggal Keempat di sini, semalam.

Christina turut memberi maklumat tambahan berkata, pada mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan dan Kawalselia Pulau Sipadan dan Ligitan telah menetapkan 37 syarikat pemegang kuota permit selam skuba dibenarkan beroperasi sehingga hujung tahun 2024.

“Pertimbang­an ini adalah untuk memberi peluang kepada syarikat tempatan di Semporna mengukuhka­n perusahaan mereka supaya setanding dengan syarikat besar yang sudah lama beroperasi di Pulau Sipadan.

“Syarikat pemohon baharu turut diberi peluang untuk beroperasi di perairan Taman Marin Tun Sakaran, di mana sebanyak 20 tapak selaman dikenal pasti berpotensi dimajukan bermula tahun ini,” katanya.

Selain itu, katanya, beberapa dialog bersama pemain pelanconga­n selam skuba sedang dirangka untuk penambahba­ikan operasi di pulau-pulau di daerah Semporna.

Menurutnya, kriteria penilaian kompetensi syarikat selam skuba di Taman Pulau Sipadan akan diperbaiki agar lebih telus dan berkesan, sebagai satu kawalan kualiti.

“Kriteria penilaian prestasi itu bertujuan membantu kemajuan setiap syarikat agar dapat bersaing lebih positif dan meningkatk­an perkhidmat­an kepada pelancong.

“Berhubung insiden pencabulan penyelam skuba baru-baru ini pula, KePKAS dimaklumka­n hasil siasatan telah dimajukan kepada pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia