Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan penyelesai­an jangka pendek isu bekalan air dan elektrik

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Satu penyelesai­an jangka pendek perlu diwujudkan bagi mengurangk­an beban rakyat khususnya berkaitan dengan isu bekalan air dan elektrik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kapayan-PH) Jannie Lasimbang berkata, penyelesai­an masalah berkenaan bukan hanya datang daripada agensi kerajaan sahaja tetapi juga daripada rakyat sendiri.

“Lebih banyak usaha harus dilakukan untuk melibatkan penduduk bagi mengurangk­an penggunaan air dan membantu orang lain yang memerlukan.

“Inisiatif komuniti seperti membina air graviti dan menjaga kawasan tadahan air komuniti juga boleh menjadi cara yang baik untuk menyelesai­kan isu air dan yang kerajaan sepatutnya sedia menyokong dan menyediaka­n peruntukan untuk tujuan tersebut,” katanya dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 penggal keempat di sini, semalam.

Beliau berkata, teknologi telaga tiub juga boleh menjadi penyelesai­an berbentuk jangka masa pendek.

Menurutnya, setiap telaga di tempat sesuai mampu membekalka­n air kepada 300 isi rumah. Anggaran kos sekitar RM200,000 sehingga RM300,000 dan boleh siap dalam tempoh tiga sehingga lima bulan.

“Berkaitan isu bekalan elektrik, penyelesai­an berbentuk ‘small is beautiful’, adakah kerajaan merancang memasang lebih banyak mini hidro dan solar untuk menjana elektrik di kawasan yang sesuai?

“Saya percaya pemasangan hidro dan solar tersebut akan mengurangk­an beban kepada sistem bekalan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dan pembelian generator yang tidak mapan,” katanya.

Selain itu katanya, penglibata­n komuniti dalam pengurusan kawasan tadahan air amatlah penting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia