Utusan Borneo (Sabah)

Solar berskala besar di Sabah dijangka mula operasi seawal 2025

-

KUALA LUMPUR: Projek Solar Berskala Besar (LSS) bersekali dengan Sistem Penyimpana­n Tenaga Bateri di Sabah dijangka beroperasi pada 2025 atau 2026.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata ia antara opsyen yang dimuktamad­kan antara Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Sabah bagi menangani isu peningkata­n permintaan elektrik di kawasan Pantai Timur di negeri itu.

“Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri Sabah sedang memperhalu­si opsyen-opsyen penjanaan dengan mengambil kira kecukupan bahan api dan kos pembekalan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk membantu menyelesai­kan masalah gangguan bekalan elektrik dan memenuhi peningkata­n permintaan elektrik di Sabah khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat, di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai rancangan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) bagi menangani isu bekalan elektrik yang kerap terputus dan semakin meningkat di daerah Tawau.

Sementara itu, Huang memaklumka­n prestasi sistem pembekalan elektrik di Sabah dipantau dengan menggunaka­n Sistem Indeks Purata

Tempoh Gangguan (SAIDI), yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun.

Beliau berkata Sabah mencatatka­n SAIDI sebanyak 74.91 minit/pengguna setakat 31 Mac lepas dan menetapkan sasaran SAIDI di negeri itu bagi 2023 adalah 250 minit/ pengguna/tahun.

Menurut Huang antara faktor dikenal pasti yang menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik di Negeri Bawah Bayu itu adalah gangguan binatang liar, pokok yang mengganggu kabel, kerosakan kabel dan lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau berkata kerajaan melalui SESB telah melaksanak­an aktiviti senggaraan pencegahan melalui pemasangan Automasi Pembahagia­n bagi mengurangk­an tempoh gangguan dan mempercepa­t kerja-kerja pemulihan bekalan yang dilakukan secara jarak jauh.

“Selain itu, penggunaan teknologi dron juga dilakukan untuk rondaan talian dan kabel elektrik yang akan menjimatka­n masa pemeriksaa­n dan pelaksanaa­n projek menaik taraf sistem bekalan elektrik meliputi projek penukaran konduktor bertebat, penukaran alat suis dan kerja naik taraf pepasangan atau peralatan usang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia