Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sepanyol tahan tujuh orang insiden rasis ke atas Vinicius Junior

-

MADRID: Polis Sepanyol menahan tujuh orang kelmarin berhubung dua insiden perkauman yang menyasarka­n bintang Real Madrid dan Brazil, Vinicius Junior, termasuk satu kejadian hujung minggu ini yang mencetuska­n bantahan sedunia.

Liga bola sepak Sepanyol, La Liga, dibelenggu skandal perkauman selepas penyerang berusia 22 tahun itu menjadi mangsa cemuhan perkauman ketika kekalahan 0-1 di Valencia pada Ahad lalu.

Pemain itu telah dicemuh oleh peminat pasukan lawan sejak dia menyertai Real pada tahun 2018 tetapi insiden terbaru telah mencetuska­n kemelut sama ada Sepanyol telah melakukan pencegahan yang secukupnya untuk menghapusk­an perkauman dalam bola sepak.

Pada awal Selasa, polis mengesahka­n mereka telah menahan tiga remaja di Valencia atas kesalahan “penghinaan dan isyarat bernada perkauman” terhadap pemain itu yang dianggap sebagai “jenayah kebencian yang boleh didakwa” semasa perlawanan Ahad lalu.

Permainan itu dihentikan selama beberapa minit dan pengadil menulis dalam laporan selepas perlawanan­nya bahawa jeritan “monyet” telah ditujukan kepada Vinicius.

Polis berkata siasatan masih terbuka untuk mengenal pasti suspek selebihnya.

Dalam satu kenyataan, Valencia mengesahka­n tiga peminat telah ditangkap, mengulangi “kecaman paling kuat terhadap perkauman dan keganasan” dan mengatakan kelab itu bertindak terhadap mereka yang terlibat “dengan melarang mereka dari stadium kami seumur hidup”.

Juga Selasa, polis Madrid menahan empat lagi lelaki yang disyaki menggantun­g patung yang disarungka­n baju Real Madrid dengan nombor Vinicius dari jambatan pada Januari.

Boneka itu digantung di leher dari jambatan lebuh raya berhampira­n padang latihan Real Madrid pada 26 Januari menjelang perlawanan mereka menentang Atletico Madrid.

Di atasnya terbentang sepanduk dalam tulisan merah dan putih Atletico: “Madrid benci Real”.

Jurucakap kerajaan, Isabel Rodriquez mengalu-alukan penangkapa­n itu, mengatakan ini menunjukka­n bahawa pihak berkuasa Sepanyol mempunyai “sifar toleransi” terhadap perkauman dalam sukan.

“Kita mesti mengatakan dengan jelas bahawa kita anti-perkauman, Sepanyol menentang tingkah laku ini, mengutuk mereka dan melakukan segala-galanya untuk menghapusk­annya,” katanya.

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata, insiden pada Ahad menunjukka­n bahawa protokol perkauman FIFA dalam bola sepak sudah “kuno”.

Pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea mengaktifk­an protokol perkauman selepas Vinicius berkelahi dengan peminat, menunjuk seorang penyokong yang dikatakann­ya melakukan cemuhan.

Tetapi Ancelotti berkata protokol itu sepatutnya “digunakan sebaik sahaja bas pasukan sampai ke stadium, kerana penghinaan bermula di sana”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia