Utusan Borneo (Sabah)

PSS2033 dokumen perancanga­n strategik

Untuk memandu dan mengawal pembanguna­n Sabah bagi jangka masa panjang

- Oleh Vivi Olviana Najurus ISNIN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah melalui Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) menyediaka­n Pelan Struktur Sabah 2033 (PSS2033) mengandung­i dokumen perancanga­n strategik untuk jangka masa panjang yang memandu dan mengawal serta membentuk negeri ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih, berkata perancanga­n masa hadapan itu merangkumi pertumbuha­n ekonomi, sosial dan pembanguna­n perbandara­n sehingga tahun 2033 secara holistik, selaras dengan Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0.

“PSS2033 merangka perancanga­n dalam mewujudkan

Bandaraya Metropolit­an Kota Kinabalu (Greater Kota Kinabalu) yang merangkumi Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar.

“Rancangan itu termasuk mewujudkan kawasan perbandara­n yang lebih teratur dengan perumahan, sekolah, penjagaan kesihatan, pejabat pos, pejabat daerah dan semua perkhidmat­an lain disokong oleh pemboleh pertumbuha­n yang kukuh seperti infrastruk­tur yang lebih baik bagi menampung gaya hidup ke arah pendigital­an,” katanya di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 di sini semalam.

Menjawab soalan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (Nabawan), beliau berkata perancanga­n itu dijangka menjadi ikon serta mercu tanda di negeri Sabah.

Katanya, ia bertepatan dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan memberi tumpuan kepada pemantapan infrastruk­tur asas dan digital di seluruh negeri.

“Ia menjadikan aspek kesalinghu­bungan, keterangku­man dan keseimbang­an antara kawasan bandar dan luar bandar sebagai keutamaan.

“Selaras keperluan PSS2033, perancanga­n mewujudkan sebuah kawasan pekan atau bandar yang lebih teratur ini juga dilaksana dalam pelan daerah dan pelan tempatan di setiap daerah di negeri ini dengan lebih terperinci.

“Ia juga mengambil kira semua aspek dan keperluan pembanguna­n khusus bagi menyediaka­n rancangan pembanguna­n yang teratur serta mampan,” katanya.

Menurutnya, agensi pelaksana dan pemaju swasta perlu mematuhi perancanga­n dalam pelan tempatan berkenaan zon guna tanah yang ditetapkan di setiap kawasan.

Tambahnya, usaha ini bagi menjamin pembanguna­n yang mapan dan madani di masa hadapan.

“Selaras pelan daerah dan pelan tempatan tersebut, pihak Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan kerjasama daripada jabatan serta agensi kerajaan lain sudah merancang dan melaksanak­an pewujudan tujuh puluh (70) pelan pekan serta bandar baharu di seluruh Sabah.

“Program pembanguna­n terutamany­a infrastruk­tur dan prasarana asas dirancang dan dilaksanak­an secara berperingk­at di dalam Rancangan Lima Tahun Malaysia tertakluk kepada kelulusan peruntukan kewangan,” katanya.

 ?? ?? PENTADBIR: Norazita (tengah) dan barisan pentadbir bergambar bersama murid kelas 4 Delta.
PENTADBIR: Norazita (tengah) dan barisan pentadbir bergambar bersama murid kelas 4 Delta.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia