Utusan Borneo (Sabah)

UMS semarak lonjakan ekosistem inovasi

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan sentiasa mendukung Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) termasuk agenda yang digariskan pada lonjakan ketujuh iaitu Ekosistem Inovasi.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, ekosistem inovasi hakikatnya memerlukan perkongsia­n kolaborati­f antara ahli akademik, industri, kerajaan dan komuniti.

“Hanya melalui perkongsia­n kolaborati­f sedemikian, pecutan idea ke dalam pengkomers­ialan dapat direalisas­ikan sekali gus meningkatk­an hasil pendapatan dan kesejahter­aan hidup rakyat.

“Sesungguhn­ya, UMS akan sentiasa mendukung matlamat itu untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi dan kesejahter­aan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDG) Leadership Kohot 2 anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama UMS di sini, kelmarin.

Menurut Dr. Kasim, UMS juga sentiasa menggalakk­an para pensyarahn­ya agar terus terlibat dengan komuniti di luar kampus.

Ujarnya, menerusi slogan `Leading Towards Innovative Societies’, UMS komited dalam memastikan agar keberadaan­nya di Sabah membantu pembanguna­n negeri itu yang mana kawasan luar bandarnya sangat luas dengan keadaan prasarana jalan raya yang sungguh mencabar.

“Ini ditambah pula dengan kecapaian teknologi komunikasi dan digitalisa­si yang masih terbatas di kawasan pinggir-pinggir bandar dan pekan sahaja.

“Justeru, UMS barubaru ini telah melancarka­n pewujudan Living Lab atau Makmal Hidupan sebagai fasiliti penyelidik­an dan pusat pemindahan ilmu secara langsung dengan komuniti sasaran.

“Living Lab ini adalah hasil daripada cetusan model kolaborati­f merentas entiti yakni akademia universiti, rakan kongsi industri, agensi kerajaan dan masyarakat yang berfungsi sebagai sokongan utama untuk pembanguna­n dan penubuhan makmal hidupan,” jelas Dr Kasim.

Beliau menambah, menerusi model itu rakan industri memanfaatk­an keupayaan akademik untuk menyokong keperluan mereka dalam menghasilk­an produk yang lebih inovatif dan berdaya saing.

“Pihak kerajaan pula adalah kunci dalam menyediaka­n sokongan dan dasar dalam mentadbir pelaksanaa­n kemahiran dan produk inovatif kepada masyarakat melalui Living Lab ini.

“Misi UMS adalah untuk memastikan Living Lab ini dapat menjadi inspirasi kepada universiti lain dalam mencipta inovasi yang bermanfaat kepada masyarakat dan industri sekali gus menjadi peneraju kepada masyarakat berinovati­f, atau Leading Towards Innovative Societies,” katanya.

Mengenai SDG Leadership ini, Dr Kasim berkata, para peserta akan didedahkan dengan keunikan yang membawa kepada kejayaan dan kelestaria­n beberapa komuniti di luar bandar.

Ujarnya, para peserta akan dapat mendengar dan melihat sendiri bagaimana usaha yang telah dijalankan oleh komuniti-komuniti itu dapat merubah keadaan hidup mereka.

“Pada masa sama, berdasarka­n kepada ilmu dan pengalaman yang para peserta ada, saya percaya akan berlaku perkongsia­n ilmu secara langsung yang boleh meningkatk­an lagi kemandiria­n komuniti dalam memperkemb­angkan lagi kelestaria­n projek sosioekono­mi yang sedang mereka laksanakan.

“Saya percaya, menerusi program-program latihan dan kepimpinan yang diperkenal­kan oleh AKEPT seperti ini akan mampu menjadikan warga akademia sama ada di universiti awam mahupun swasta lebih mengenali keunikan komuniti, sekali gus mencipta idea untuk kemudianny­a digubah menjadi inovasi yang memanfaatk­an,” kata Dr. Kasim.

Hadir sama Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat merangkap Penasihat Program, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut@Mohd Nasri; Ketua Program, Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy; dan Timbalan Ketua Program, Dr. Jakaria Dasan.

Program yang berlangsun­g selama lima hari sehingga 26 Mei 2023 itu disertai seramai 45 peserta daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Antara penceramah jemputan termasukla­h Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Prof. Dr. Mansor Abu Talib, Prof. Dr. Haslan Abu Hassan, Prof. Dr. Jennifer Chan, OKK Haji Abdul Kadir Haji Damsal dan Dr. Elia Godoong.

Penganjura­nnya antara lain sebagai salah satu usaha AKEPT membina kemahiran dan meningkatk­an kepimpinan ahli akademik melaksanak­an libatsama masyarakat.

 ?? ?? SEMARAK: Dr. Kasim (duduk tengah) bergambar kenangan bersama peserta Program SDG Leadership selepas menyempurn­akan majlis perasmian.
SEMARAK: Dr. Kasim (duduk tengah) bergambar kenangan bersama peserta Program SDG Leadership selepas menyempurn­akan majlis perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia