Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan RIMUP Hari Raya, Pra Pesta Kaamatan dan Hari Gawai suburkan perpaduan

-

LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun telah mengadakan Sambutan RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) Hari Raya, Pra Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dengan penuh meriah pada 17 Mei lalu di kelas masing-masing dan diteruskan di Dataran Bedaun.

Sambutan RIMUP ini bertujuan memupuk semangat muhibah, perpaduan dan kemesraan antara warga sekolah melalui aktiviti yang diadakan di samping menjadi landasan kepada hubungan baik di antara warga sekolah dengan murid-murid.

Sambutan dimulakan dengan jamuan raya di mana murid-murid membawa juadah masing-masing dan dinikmati bersama-sama guru-guru dan rakan-rakan di bilik darjah masing-masing.

Murid-murid sangat teruja berkongsi hidangan dengan rakan-rakan yang pelbagai agama dan bangsa.

Selesai menjamu selera di bilik darjah, program diteruskan di Dataran Bedaun. Pengetua, Norazita Md.Nor @ Shamsuri telah menyampaik­an ucapan sempena program ini.

Turut hadir dalam program ini Penolong Kanan Pentadbira­n, Chai Yee San, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Awang Adi Tuah dan Penolong Kanan Kokurikulu­m, Yee Choon Hian, Penyelaras Program, Faridatul Khairah Mohamed Termizi, guruguru dan murid-murid.

Dalam ucapannya, Norazita berkata sambutan ini diadakan untuk memupuk dan menyemai sikap bersatu-padu di kalangan murid dan warga sekolah.

Beliau berharap perpaduan itu tidak hanya dilihat ketika sambutan ini sahaja tetapi turut mengharapk­an muridmurid dan warga sekolah sentiasa mengamalka­nnya dalam kehidupan seharian dengan lebih harmoni.

Seramai 17 murid telah menyertai pertanding­an menganyam ketupat dan menunjukka­n kemahiran masingmasi­ng.

Pertanding­an ini telah dimenangi oleh murid kelas 5 Beta, Maizatul Aqma Harun.

Seramai 24 orang murid lelaki telah menunjukka­n kreativiti masing-masing dalam mengikat samping dan memperagak­an hasil ikatan dengan penuh bergaya.

Murid daripada kelas 5 Alfa, Mohd Khazwan Sahiron telah dipilih sebagai pemenang bagi pertanding­an ini.

Terdapat juga pertanding­an mengalunka­n takbir raya, pertanding­an menghasilk­an kad ucapan, kelas ceria raya dan ‘groufie’ kelas.

Murid kelas 5 Delta, Sumaiyah

Herwan telah menjadi johan pertanding­an Kad Ucapan terbaik.

Manakala pertanding­an kelas Ceria Raya dimenangi oleh kelas 4 Alfa dan Kelas 2 Gamma.

Kelas 5 Alfa dan kelas 3 Gamma muncul sebagai pemenang bagi pertanding­an terbaik ‘groufie’ kelas.

Maibistami­zlan Md Salleh telah dipilih sebagai pemenang penampilan Hari Raya, Pra Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bagi kategori guru lelaki manakala Marcela Maikel adalah pemenang bagi kategori guru perempuan.

Murid kelas 5 Alfa, Mohd Khazwan Sahiron sekali lagi telah dipilih sebagai pemenang penampilan bagi kategori murid lelaki dan Elizabeth Elly Mai Anak Leonard adalah pemenang bagi kategori murid perempuan.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaia­n hadiah kepada para pemenang dan sesi bergambar semua warga sekolah.

 ?? ?? MENAWAN: Elizabeth Elly Mai Anak Leonard menerima hadiah penampilan Hari Raya, Pra Pesta Kaamatan dan Hari Gawai daripada Norazita sambil diperhatik­an Awang Adi.
MENAWAN: Elizabeth Elly Mai Anak Leonard menerima hadiah penampilan Hari Raya, Pra Pesta Kaamatan dan Hari Gawai daripada Norazita sambil diperhatik­an Awang Adi.
 ?? ?? SAMPING: Murid-murid yang menyertai pertanding­an mengikat samping.
SAMPING: Murid-murid yang menyertai pertanding­an mengikat samping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia