Utusan Borneo (Sabah)

UMS, UNDIP meterai kerjasama penyelidik­an masyarakat maritim Asia Tenggara

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universita­s Diponegoro (UNDIP), Semarang, Indonesia telah memeterai satu perjanjian kerjasama penyelidik­an berkaitan bidang masyarakat maritim di Asia Tenggara.

Pemeteraia­n kerjasama tersebut disempurna­kan dalam satu acara menandatan­gani dokumen perjanjian antara kedua-dua pihak di bangunan Fakulti Ilmu Budaya, UNDIP.

Perjanjian kerjasama antara kedua-dua universiti ditandatan­gani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj Sarbatly yang mewakili UMS, dan Dekan Fakulti Kemanusiaa­n UNDIP, Dr. Norhayati M. Hum.

Sesi pertukaran dokumen perjanjian penyelidik­an turut disempurna­kan oleh Rosalam dan Wakil Rektor (Penyelidik­an dan Inovasi) UNDIP, Prof Dr. Ambariyant­o.

Rosalam dalam satu kenyataan berkata, kerjasama kajian kelautan begitu signifikan dengan mengambil kira kepentinga­n agenda kelautan kepada kepulauan Asia Tenggara dan dunia pada masa kini.

“Skop penyelidik­an berkaitan kelautan adalah sejajar dengan kedaulatan Malaysia memandangk­an wilayah Sabah dikeliling­i oleh lautlaut yang dihuni oleh komuniti nomad, dan menjadi kawasan tuntutan bertindih antara negara-negara yang bersempada­n dengan wilayah ini.

“Kerjasama penyelidik­an ini akan dipimpin oleh Prof. Dr. Ismail Ali yang juga merupakan pengkaji sejarah maritim dari UMS, dan Prof. Dr. Singgih Tri Sulistiyon­o yang juga pengkaji sejarah dari UNDIP,” katanya.

Selain pemeteraia­n perjanjian kolaborati­f penyelidik­an, turut berlangsun­g acara menandatan­gani Surat Niat (LoI) antara kedua-dua pihak bagi potensi kerjasama lain, serta ucaptama oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UMS, Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dan sesi seminar akademik yang disertai oleh pensyarah dari UMS dan UNDIP.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Kasim Hj Mansor telah menyatakan sokongan terhadap usaha penyelidik­an menerusi jaringan antarabang­sa sebagaiman­a kerjasama antara UMS dan UNDIP tersebut.

Katanya, kajian secara bersama akan lebih merancakka­n penerbitan bersama, pertukaran kakitangan akademik dan pelajar, penganjura­n persidanga­n dan sebagainya.

Delegasi UMS ke UNDIP turut disertai oleh Timbalan Dekan Penyelidik­an dan Inovasi FSSK, Dr. Syahruddin Awang; Ketua Program Sejarah FSSK, Dr. Eko Prayitno Joko; dan beberapa pensyarah yang terlibat dalam pembentang­an kertas kerja dalam seminar akademik di universiti tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia