Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN SERIUS SELESAI MASALAH

-

PENAMPANG: Kerajaan Perpaduan berpendiri­an serius dan memasang tekad bagi menyelesai­kan masalah prasarana antaranya melibatkan pendidikan, bekalan air dan jalan raya terutama di Sabah dengan kadar yang segera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata dalam usaha menyelesai­kan masalah itu, kerajaan Persekutua­n dan negeri perlu bekerjasam­a dengan padu bagi memastikan gerak kerja serta pelan yang dirancang mampu dilaksanak­an dengan sempurna.

Katanya secara peribadi beliau komited dalam membantu Sabah menyelesai­kan masalah itu apabila sering datang ke negeri berkenaan iaitu tiga kali sejak memegang jawatan Perdana Menteri dan melihat sendiri situasi melibatkan prasarana di Negeri di

Bawah Bayu itu.

“Maka saya buat keputusan esok pagi (hari ini) insya-Allah saya buat mesyuarat tertinggi peringkat Persekutua­n dan negeri untuk selesaikan masalah air bersama kerajaan negeri,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Anwar berkata tindakan juga sedang dibuat untuk memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo dan kerja-kerja membaik pulih serta penyelengg­araan jalan di Sabah dilaksanak­an dengan kadar segera demi manfaat rakyat di negeri itu.

Katanya bagi melicinkan perlaksana­an tersebut, sebahagian kerja-kerja yang terlibat dengan membaik pulih dan penyelengg­araan jalan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri mengikut peraturan dan dasar kewangan negara.

“Baru-baru ini juga peruntukan untuk membaiki

 ?? ?? SIMBOLIK: Anwar (dua kanan) bersama Hajiji (dua kiri) dan Juhar (tiga kanan) selepas melakukan upacara Mongomot atau menuai padi sebagai simbolik perasmian penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 Peringkat Negeri Sabah.
SIMBOLIK: Anwar (dua kanan) bersama Hajiji (dua kiri) dan Juhar (tiga kanan) selepas melakukan upacara Mongomot atau menuai padi sebagai simbolik perasmian penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 Peringkat Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia