Utusan Borneo (Sabah)

Anwar catat sejarah hadir sambutan Pesta Kaamatan

- Oleh Siti Aisyah Narudin Hajiji mengiringi Anwar yang hadir sempena majlis penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 Peringkat Negeri

PENAMPANG: Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila turut dihadiri pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kehadiran Perdana Menteri untuk meraikan penutupan sambutan perayaan itu melahirkan rasa bangga dan teruja kepada rakyat Sabah khususnya daripada suku kaum Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR).

“Kaamatan, adalah perayaan yang berjaya mengangkat martabat budaya dan adat resam suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus di

Sabah, dan kami bangga dengannya kerana Sabah turut dikenali dunia dengan penganjura­n acara Kaamatan ini.

“Justeru, rakyat Sabah khususnya daripada suku kaum KDMR tentu sekali turut berasa bangga dan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri pada hari ini.

“Ini adalah satu lagi detik bersejarah dalam siri sambutan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri. Sesungguhn­ya, bukan mudah untuk kita mendapat peluang sebegini rupa, pemimpin nombor satu negara yang sentiasa sibuk dengan jadual yang sangat padat, hadir bersama-sama kita di Dewan KDCA yang terkenal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis penutupan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah 2023 di Dewan KDCA di sini semalam.

Majlis Penutupan

Pesta Kaamatan itu disempurna­kan oleh Yang Dipertua Negeri Tun

Juhar Mahiruddin. Hadir sama isterinya, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat

Negeri Sabah 2023 Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Huguan

Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Dalam pada itu Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada program yang bercirikan kebudayaan dan kemasyarak­atan kerana ia berupaya mengeratka­n silaturahi­m, menyatupad­ukan rakyat dan mempertegu­hkan hubungan masyarakat demi kesejahter­aan dan keharmonia­n negeri.

“Dalam konteks Pesta Kaamatan, meski pun ia disambut oleh masyarakat KDMR tetapi perayaan ini turut dimeriahka­n oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini.

“Amalan kongsi raya atau pesta kebudayaan oleh semua kaum merupakan keunikan kita di Sabah yang harus dipertahan­kan sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

“Marilah kita bersamasam­a memelihara dan meningkatk­an lagi perpaduan, toleransi dan semangat kekitaan yang tinggi sesuai dengan tema pesta Kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Kaamatan Membudayak­an Perpaduan’,” katanya.

Beliau berkata, tema ini sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang matlamatny­a ke arah membentuk sebuah negara bangsa yang sejahtera, maju dan progresif; politik dan ekonominya teguh, kerajaan yang adil lagi saksama, serta negara yang makmur dan sentosa.

Hajiji berkata, hanya dengan kestabilan dan perpaduan sahajalah yang mampu membawa sesebuah negara dan rakyatnya maju ke hadapan, sekali gus dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabang­sa.

“Sememangny­a perpaduan dan kepelbagai­an suku kaum, budaya serta kepercayaa­n agama di Sabah adalah aset penting yang perlu terus dipelihara dan dipertahan­kan oleh rakyat negeri ini pada setiap masa.

“Keharmonia­n serta warna-warni seni budaya di negeri ini menjadikan Sabah unik dan istimewa, di samping memiliki keindahan alam semula jadi yang pastinya berupaya menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Justeru, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memelihara dan menjaga khazanah budaya yang kita warisi ini, di samping memastikan Pelan Pembanguna­n Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang kini berada di landasan yang tepat, berjalan seiring antara kemajuan dan pemodenan dengan penerapan nilai-nilai budaya yang tinggi,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? PADAM: Pasukan bomba semasa menjalanka­n operasi memadam kebakaran.
PADAM: Pasukan bomba semasa menjalanka­n operasi memadam kebakaran.
 ?? ?? SAMBUTAN: Sabah.
SAMBUTAN: Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia