Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lulus pemanjanga­n BIW kepada perkhidmat­an ATM

PM Anwar yakin kelulusan akan memanfaatk­an 33,586 anggota ATM

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kerajaan meluluskan pemanjanga­n Bayaran Insentif Wilayah (BIW) kepada perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkuat kuasa 1 Julai depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan itu akan memanfaatk­an seramai 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarka­n perjawatan pada 2022.

“Pada dasar sebelum ini pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima Bayaran Insentif Sabah atau Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjun­g (BISM).

“Kadar BISS dan BISM yang diberikan bagaimanap­un lebih rendah berbanding kadar Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang diterima oleh pegawai perkhidmat­an awam lain.

“Kelulusan pemanjanga­n ini dilaksanak­an bagi mengambil kira asas pembayaran ketiga-tiga insentif adalah sama iaitu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari Semenanjun­g untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya,” katanya.

Beliau mengumumka­n kelulusan itu semasa lawatan kerja ke Kem Lok Kawi di sini semalam. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada majlis sama, Anwar turut mengumumka­n projek baharu bernilai RM25 juta yang akan dilaksanak­an di kawasan Lok Kawi.

“Sebanyak 49 unit rumah terbiar akan dibangunka­n semula untuk dijadikan 47 unit kuarters awam dan sebuah rumah transit Kementeria­n Pertahanan cawangan Sabah di Taman Lok Kawi Papar,” katanya.

Beliau berkata, beberapa projek sedia ada juga akan dilaksanak­an segera tahun ini termasukla­h Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) tambahan pelbagai kelas di Kem Lok Kawi yang membabitka­n kos sebanyak RM213 juta.

“Kita juga akan membina sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Kawi dengan kos sebanyak RM23 juta manakala RM67 juta juga akan digunakan bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut.

“Aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi juga akan dibaik pulih serta dinaik taraf menggunaka­n kos RM4.8 juta,” katanya.

 ?? ?? MESRA: Anwar semasa bertemu dengan anggota ATM di Kem Lok Kawi sempena lawatan kerja itu.
MESRA: Anwar semasa bertemu dengan anggota ATM di Kem Lok Kawi sempena lawatan kerja itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia