Utusan Borneo (Sabah)

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)beroperasi­padakapasi­ti penuh di seluruh rangkaian lapangan terbangnya di seluruh negara susulan musim haji ini dengan jangkaan lebih 31,600 jemaah haji.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal dalam kenyataan berkata peningkata­n aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia, untuk Mei hingga Julai.

Beliauberk­atakerajaa­nMalaysia dan Arab Saudi meneruskan inisiatif ‘Makkah Route’ atau Laluan Mekah yang memberi kemudahan prapelepas­an imigresen Arab Saudi kepada jemaah haji negara di Terminal SatuLapang­anTerbangA­ntarabangs­a Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus mengurangk­an masa menunggu.

“Pelan operasi kami untuk musim haji adalah merangkumi semua, kerana kami mahu memberi pengalaman lapangante­rbangterba­ikkepada jemaah.

“Kami menyediaka­n ruang rehat khas di Pintu C16 dan C17 untuk proses prapelepas­an ini yang dikendalik­an oleh pegawai imigresen daripada kedua-dua negara,” katanya.

Selainitu,katanya,114penerba­ngan sewa khas oleh MAHB dan Saudi Airlines akan digunakan untuk membawa jemaah haji dengan tujuh lapangan terbang iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Kedah), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kelantan) dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Terengganu) terlibat dalam operasi bersama Lembaga Tabung Haji itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia