Utusan Borneo (Sabah)

KPKT tambah baik kebenaran merancang

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil langkah proaktif untuk menambah baik proses permohonan kebenaran merancang terutama melibatkan sektor industri, dalam usaha memudah cara perniagaan.

Antara perkara yang diberi keutamaan dalam penambahba­ikan itu adalah kajian untuk mengurangk­an serta memendekka­n tempoh proses permohonan di dalam OSC 3.0 Plus, termasuk cadangan pindaan tempoh masa bagi pemajuan.

Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata penguranga­n protokol dan prosedur itu bagaimanap­un tidak akan menjejaska­n kualiti perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat, selain mematuhi semua perundanga­n berkaitan.

“Antara inisiatif yang dipertimba­ngkan untuk mempercepa­t proses permohonan kebenaran adalah pelaksanaa­n proses Prasyarat, Prarunding­an dan Semakan Teknikal yang lebih teratur dan bersepadu.

“Ia dilaksanak­an secara dalam talian melalui modul baharu yang akan ditambah baik ke dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online sebelum mengemukak­an permohonan rasmi kepada OSC,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, inisiatif Peraturan

Kendiri turut diperkenal­kan dengan Orang Utama Yang Mengemukak­an (PSP) diberi kuasa dan tanggungja­wab untuk mengesahka­n semua peraturan dan keperluan teknikal sesuatu permohonan telah dipatuhi, khusus kepada kerja ubah suai dan permohonan dalam kategori kebenaran merancang Kecil.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) juga melaksanak­an langkah untuk memudah cara kelulusan bagi permohonan pelan pemajuan dan permit pembinaan, termasuk menerusi inisiatif E10 yang diperkenal­kan Majlis Perbandara­n Kulim serta Kulai

Fast Lane (KFL) oleh Majlis Perbandara­n Kulai.

Ia adalah usaha rintis dalam mempercepa­tkan proses kelulusan permit pembinaan di kawasan yang telah dikhaskan atau dizonkan sebagai zon industri, katanya.

“Inisiatif itu bertujuan memudah cara proses pelaburan dan perniagaan melalui perancanga­n awal serta menyediaka­n platform interaksi yang lebih cekap antara pelabur dan PBT.

“Sebaik sahaja ia diperhalus­i, inisiatif ini akan diseragamk­an dan dijadikan kaedah untuk diperluask­an pelaksanaa­nnya oleh PBT yang lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia