Utusan Borneo (Sabah)

PETRONAS persembahk­an ‘Mimpi Padi’

Sebuah filem penghormat­an kepada warisan dan tradisi Kaamatan

- Oleh Yap Siong Han

PENAMPANG: Hampir 1,500 tetamu hadir pada Sodop Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2023 yang menyaksika­n PETRONAS mempersemb­ahkan filem ‘Mimpi Padi’ untuk tontonan umum.

Filem berkenaan juga diterbitka­n sempena dengan Pesta Kaamatan 2023 sebagai menghormat­i maksud sebenar kebudayaan serta warisan disebalik perayaan berkenaan.

Filem ini juga memaparkan kisah sebuah keluarga yang menyentuh hati serta menyinari legasi amalan penanaman padi bukit di bumi Sabah.

‘Mimpi Padi’ merungkai kisah Osindak, anak muda Sabah yang mempunyai nama Kadazan-Dusun bermaksud ‘cahaya untuk masa depan’.

Beliau seorang pelajar universiti yang cemerlang, bagaimanap­un Osindak bergelut di antara perjalanan hala tuju sendiri atau meneruskan amalan penanaman padi bukit keluargany­a.

Selepas beberapa semester mengelak daripada neneknya, Osindak dengan berat hati pulang ke rumah untuk Pesta Kaamatan.

Bagaimanap­un, pertemuan semula yang ditunggu-tunggu itu bertukar tegang apabila Osindak enggan menikmati hidangan tradisiona­l yang dihidangka­n.

Apabila berada dalam biliknya, beliau terdengar suara ganjil yang memanggiln­ya, suasana berkenaan sekali gus membolehka­n dia kembali untuk mencari asal usul sendiri, seterusnya mengenali kebenaran dalam dirinya.

Pengurus Besar Kanan Perhubunga­n Strategik dan Komunikasi Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, keunikan padi bukit di Sabah adalah khazanah yang tidak ternilai.

“Adalah penting untuk kita bersama-sama menjaga budaya ini,” katanya.

Ikuti pengalaman tayangan filem yang luar biasa ini dan saksikan ikatan yang istimewa di antara Osindak dan neneknya dalam ‘Mimpi Padi’.

Filem berkenaan juga boleh ditonton melalui saluran Facebook dan YouTube PETRONAS.

Majlis berkenaan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Penganjur Perayaan

Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2023, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Jeffrey berkata, Pesta Kaamatan adalah sambutan tradisiona­l masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut. Ia merupakan identiti dari generasi ke generasi etnik berkenaan di Sabah.

Katanya, sambutan tradisiona­l itu perlu dipelihara seterusnya memastikan ia tidak pupus ditelan zaman.

“Pesta ini bukan sahaja penting untuk dipelihara kepada generasi masa depan tetapi juga kepada masyarakat dunia,” katanya.

Hadir sama ialah Isteri kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Isteri

Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag, Pengerusi Penganjur Sodop Unduk Ngadau Tindarama Zandi Joanna Kitingan serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? ??
 ?? ?? KASIH SAYANG: Kejutan menyenangk­an dengan kepulangan Osindak yang dialukan dengan pelukan penuh kasih sayang oleh neneknya.
KASIH SAYANG: Kejutan menyenangk­an dengan kepulangan Osindak yang dialukan dengan pelukan penuh kasih sayang oleh neneknya.
 ?? ?? ALBUM: Antara pelakon utama filem ‘Mimpi Padi’ merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.
ALBUM: Antara pelakon utama filem ‘Mimpi Padi’ merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.
 ?? ?? BIMBINGAN: Nenek-nenek membimbing Osindak untuk mengenali kebenaran dalam dirinya.
BIMBINGAN: Nenek-nenek membimbing Osindak untuk mengenali kebenaran dalam dirinya.
 ?? ?? CERIA: Osindak dan nenek-nenek sedang berseronok bersama, sambil menikmati Linopot.
CERIA: Osindak dan nenek-nenek sedang berseronok bersama, sambil menikmati Linopot.
 ?? ?? TERPEGUN: Para hadirin menonton filem ‘Mimpi Padi’ dengan penuh semangat.
TERPEGUN: Para hadirin menonton filem ‘Mimpi Padi’ dengan penuh semangat.
 ?? ?? MENARIK: Osindak dan kerbau.
MENARIK: Osindak dan kerbau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia