Utusan Borneo (Sabah)

Projek Asnafprene­ur Bank Rakyat, bantu usahawan asnaf

-

LABUAN: Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat-Majlis Wilayah Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZ-MAIWP) dan Bank Rakyat mengadakan Majlis Pelancaran Projek Asnafprene­ur Bank Rakyat di Menara UMSKAL baru-baru ini.

Dekan FKAL Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal berkata, kerjasama itu dapat memberi manfaat kepada para usahawan asnaf di sekitar Labuan yang berpotensi untuk mengembang­kan lagi perniagaan mereka.

Katanya, bimbingan dan pantauan khas kepada para usahawan akan dikendalik­an oleh pensyarah-pensyarah FKAL yang mempunyai kepakaran dan pengalaman mengendali­kan projek-projek keusahawan­an bersama industri.

“Saya mewakili pihak pengurusan tertinggi UMS berasa amat berbesar hati dengan kerjasama ini yang dilihat berjaya mewujudkan hubungan sinergi di antara PPZ-MAIWP, Bank Rakyat dan UMSKAL.

“Pada kesempatan ini, FKAL ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada PPZ-MAIWP atas sumbangan tajaan makanan untuk 400 pelajar asnaf di samping sumbangan bank makanan kepada kolej kediaman UMSKAL,” katanya.

Dalam majlis sama, turut diadakan Pelancaran Program Jihad Pendidikan @ UMSKAL yang bertujuan memperluas dakwah zakat dalam kalangan pelajar dan pekerja insititusi pendidikan tinggi.

Melalui program ini juga PPZ-MAIWP melalui dana wakalah menyampaik­an sumbangan kewangan kepada pelajar asnaf UMSKAL dan Food Bank UMSKAL dengan jumlah masing-masing RM14,000 dan RM10,000, menjadikan sumbangan keseluruha­n adalah berjumlah RM24,000.

Majlis perasmian Projek Asnafprene­ur itu disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat Mohd Zamerey Abdul Razak manakala, Jihad Pendidikan dirasmikan oleh Pengerusi PPZMAIWP Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia