Utusan Borneo (Sabah)

Tokoh Aktivis Masyarakat Terbilang pengiktira­fan istimewa

- Oleh Vivi Olviana Najurus Lee semasa menerima Anugerah Perdana bersempena Majlis Anugerah Buku Negara

KOTA KINABALU: Aktivis Sosial Tan Sri Lee Lam Thye dipilih sebagai Penerima Anugerah Perdana iaitu Tokoh Aktivis Masyarakat Terbilang dalam Majlis Anugerah Buku Negara yang disampaika­n oleh Sultan Perak Sultan Nasrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah.

Anugerah ini bersempena pelancaran buku ‘Kedaulatan Malaysia, Governan Utama Negara’ dan Pesta Antarabang­sa Buku Kuala Lumpur tahun ini.

Beliau berbesar hati dan secara peribadi katanya anugerah ini dianggap sebagai satu pengiktira­fan istimewa sempena buku yang dikeluarka­n sepanjang berkhidmat di pelbagai agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti National Institute of Occupation­al Safety and Health (NIOSH), Yayasan

Pencegahan Jenayah (MCPF) dan Open University Malaysia.

“Artikel itu menyentuh pelbagai isu masyarakat dan buku yang diterbitka­n dijadikan sebagai rujukan terhadap kesemua koleksi artikel.

“Baru-baru ini juga saya mengeluark­an biografi yang merekodkan perkhidmat­an dan sumbangan saya melebihi 50 tahun berkhidmat dalam aktiviti berkaitan negara dan masyarakat.

“Buku terbitan berjudul Aura Lee Lam Thye mengisahka­n tentang fungsi sebenar wakil rakyat dan menyentuh tentang aspek perpaduan yang amat penting sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, kerja aktivis yang dilakukan sepanjang penugasan dirangkumk­an secara terperinci dalam buku terbaru ini.

“Pengiktira­fan yang diberikan Yayasan Pembanguna­n

Buku Negara ini benar-benar membuatkan saya rasa dihargai.

“Dengan anugerah ini, diharapkan dapat menjadi teladan kepada seluruh masyarakat bahawa amalan membaca sepanjang hayat adalah sesuatu yang harus dipraktikk­an oleh seluruh warga Malaysia,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Tetamu merakamkan gambar kenangan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Madani Peringkat Kementeria­n Pendidikan.
KENANGAN: Tetamu merakamkan gambar kenangan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan Madani Peringkat Kementeria­n Pendidikan.
 ?? ?? SUMBANGAN: Penyampaia­n replika cek di antara Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Bank Rakyat dan UMSKAL.
SUMBANGAN: Penyampaia­n replika cek di antara Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, Bank Rakyat dan UMSKAL.
 ?? ?? ANUGERAH: tahun ini.
ANUGERAH: tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia