Utusan Borneo (Sabah)

Brooks dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan Wales

-

LONDON: David Brooks dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan Wales untuk kali pertama sejak dikesan dengan barah.

Brooks, yang dikesan dengan barah limfoid peringkat kedua semasa bersama skuad antarabang­sa pada Oktober 2021, mengumumka­n bahawa dia sudah bebas dari barah pada Mei tahun lepas.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu kembali beraksi bersama kelab Bournemout­h pada bulan Mac dan diturunkan dalam kesebelasa­n utama untuk dua perlawanan terakhir kelab dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dan pada Selasa, ia diumumkan bahawa dia tersenarai dalam skuad 25 pemain Wales untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Armenia dan Turki.

“Saya berasa gembira untuk dia kerana dia mempunyai satu perjalanan yang panjang,” kata jurulatih Wales, Rob Page ketika mengumumka­n skuadnya pada Selasa.

Dia menambah: “Anda tidak mengharung­i apa yang dia alami dan tidak berasa kecewa. Bournemout­h juga cukup hebat dengan cara mereka menanganin­ya dan membantuny­a kembali sembuh. Ia hebat di mana kami dapat menurunkan­nya semula.”

Kapten Wales, Aaron Ramsey dan penjaga gol Danny Ward, juga disenaraik­an walaupun ada keraguan tentang tahap kecergasan mereka.

Ramsey tidak beraksi pada tiga perlawanan terakhir Nice kerana kecederaan betis dan mungkin tidak dapat diturunkan pada perlawanan terakhir musim Ligue 1 Perancis menentang Lyon Ahad ini.

Ward tidak beraksi pada tiga perlawanan terakhir Leicester, yang berkesudah­an dengan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris, kerana kecederaan.

Tom Lockyer juga tidak dapat diturunkan selepas pengsan ketika Luton menewaskan Coventry di final playoff Liga Kejuaraan di Stadium Wembley Sabtu lepas.

Wales akan menentang Armenia di Cardiff pada 16 Jun sebelum menentang Turki di Samsun tiga hari kemudian.

Wales memulakan kempen kelayakan ke Euro 2024 dengan memberangs­angkan apabila mengikat Croatia 1-1 dan menewaskan Latvia 1-0 di tempat sendiri. — AFP

 ?? ?? PAVARD
PAVARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia