Utusan Borneo (Sabah)

Medvedev ditewaskan Wild, tersingkir pusingan pertama Terbuka Perancis

-

PARIS: Pemain ranking kedua dunia, Daniil Medvedev, tersingkir di pusingan pertama Terbuka Perancis pada Selasa selepas tewas dalam lima set kepada pemain yang berada pada ranking ke-172 dunia, Thiago Seyboth Wild dari Brazil ketika penganjur kejohanan cuba meneruskan kehidupan dari kontrovers­i ditimbulka­n oleh Novak Djokovic.

Seyboth Wild, yang bermain dari kempen kelayakan di sini dan tidak pernah memenangi sebarang perlawanan pada kejohanan Grand Slam, menang 7-6 (7/5),

6-7 (6/8), 2-6,

6-3 dan 6-4.

Ia adalah kekalahan kelima Medvedev di pusingan pertama Terbuka Perancis dalam tujuh penampilan.

“Ia impian menjadi kenyataan untuk menewaskan pemain seperti Daniil di permukaan ini,” kata pemain berusia

23 tahun itu, yang melakukan 69 pukulan kemenangan.

“Saya mengalami kekejangan otot pada set kedua dan gagal melakukan servis seperti yang saya mahu tetapi saya cuba bermain di tahap terbaik.”

Seyboth Wild, tanpa kemenangan dalam Jelajah ATP sejak Februari 2022, mengekalka­n debaran untuk menamatkan perlawanan d a l a m masa empat jam dan 15 minit, salah satu rekod

terpanjang dari 21 perlawanan pusingan pertama yang melibatkan lima set. Medvedev tiba di sini dengan keyakinan tinggi selepas memenangi kejuaraan pertamanya di permukaan tanah liat di Terbuka Itali minggu lepas, yang juga merupakan kejuaraan kelimanya pada tahun ini.

“Setiap kali musim di permukaan tanah liat berakhir, saya berasa gembira,” kata Medvedev.

Djokovic akan kembali beraksi pada Rabu selepas mengundang kontrovers­i dengan pesanan “Kosovo adalah jantung Serbia” selepas perlawanan pada Isnin.

Komen jaguh dari Serbia itu menambah lagi ketegangan etnik di utara Kosovo di mana penunjuk perasaan dan tentera NATO mengalami kecederaan.

TV Serbia melaporkan mural Djokovic di sebuah bangunan di Orahovac, sebuah bandar di barat daya Kosovo di mana kumpulan kecil etnik Serbia tinggal di kalangan etnik majoriti Albania telah dirosakkan. Pada perlawanan lain, pemain veteran tuan rumah, Gael Monfils, yang pernah melangkah ke peringkat separuh akhir di sini 15 tahun yang lalu tetapi sekarang berada pada ranking ke-394 dunia, bangkit dari ketinggala­n 0-4 pada set terakhir sebelum menewaskan Sebastian Baez dari Argentina 3-6, 6-3, 7-5, 1-6 dan 7-5 dalam perlawanan yang berakhir selepas tengah malam.

Monfils, 36, menangani kekejangan otot untuk meraih kemenangan pertamanya sejak bulan Ogos tahun lepas sebelum kecederaan kaki yang serius menyebabka­nnya tidak dapat beraksi sehingga bulan Mac tahun ini.

Pilihan keempat kejohanan, Casper Ruud, tidak menghadapi masalah untuk meneruskan cabaran apabila menewaskan pemain kelayakan dari Sweden, Elias Ymer 6-4, 6-3 dan 6-2.

Alexander Zverev juga melangkah ke pusingan kedua apabila menewaskan Lloyd Harris dari Afrika Selatan 7-6 (8/6), 7-6 (7/0) dan 61 sementara Holger Rune, pemain pilihan keenam kejohanan, menamatkan cabaran sengit Christophe­r Eubanks dari AS 6-4, 3-6, 7-6 (7/2) dan 6-2.

Dalam bahagian wanita, juara bertahan, Iga Swiatek, terselamat ancaman awal untuk melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Cristina Bucsa dari Sepanyol.

Pemain nombor satu wanita itu memburu rekod sebagai pemain wanita pertama yang berjaya mempertaha­nkan kejuaraan sejak Justine Henin melakukann­ya pada 2007, apabila menang 6-4 dan 6-0.

Swiatek mungkin akan kehilangan ranking nombor satu dunia kepada Aryba Sabalenka atau Elena Rybakina di sini.

Rybakina, juara Wimbledon, mengekalka­n saingan ranking dunia apabila menewaskan Brenda Fruhvirtov­a dari Republik Czech 6-4 dan 6-2. — AFP

 ?? ?? MEDVEDEV
MEDVEDEV

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia