Utusan Borneo (Sabah)

Tiga jawatan utama PMBS dimenangi tanpa bertanding

Mohd Arifin, Pengiran Saifuddin kekal presiden, timbalan presiden

- KEKAL: GANDINGAN MANTAP:

KOTA KINABALU: Tiga jawatan utama Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) dimenangi tanpa bertanding apabila pencalonan dari semua cawanganca­wangan PMBS seluruh Sabah ditutup semalam.

Presiden PMBS Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif mengekalka­n jawatan presiden apabila menerima 28 daripada 29 pencalonan dari cawangan-cawangan PMBS dan satu cawangan tidak menghantar pencalonan.

Setiausaha Agung PMBS Norhassan Ismail berkata, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan terus menerajui PMBS untuk Sesi 2023-2025 selaku presiden.

Katanya, turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden PMBS Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir yang juga bekas Pengurus Besar Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) yang menerima 27 daripada 29 pencalonan dan pencabarny­a yang hanya menerima satu pencalonan turut menarik diri.

“Satu lagi cawangan tidak menghantar pencalonan dan ini bermakna Pengiran Saifuddin berjaya mengekalka­n jawatan timbalan presiden,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, satu lagi jawatan utama yang menang tanpa bertanding ialah naib presiden apabila penyandang­nya Pengiran Japar Pengiran Osman juga menerima 27 daripada 29 pencalonan dan pencabarny­a yang hanya menerima satu pencalonan juga menarik diri manakala satu cawangan juga tidak menghantar pencalonan.

Norhassan berkata, seramai 30 orang dicalonkan untuk merebut sembilan jawatan Ahli Majlis Tertinggi

Pusat (AJP) dalam Mesyaurat Agung PMBS Pusat yang akan diadakan pada 3 Jun ini di Dewan Hijrah tingkat 2 Wisma MUIS.

Bagaimanap­un katanya, daripada 30 calon itu, lima orang calon telah pun menarik diri setakat ini.

Beliau berkata, kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri mesyuarat agung itu yang akan dirasmikan oleh Presiden PMBS bermula jam 9 pagi.

 ?? ?? Pengiran Saifuddin (kanan) bersama Pengiran Japar (kiri) semasa mesyuarat persediaan AGM PMBS.
Pengiran Saifuddin (kanan) bersama Pengiran Japar (kiri) semasa mesyuarat persediaan AGM PMBS.
 ?? ?? Mohd Arifin menang tanpa bertanding jawatan Presiden PMBS Sesi 2023-2025.
Mohd Arifin menang tanpa bertanding jawatan Presiden PMBS Sesi 2023-2025.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia