Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran pemimpin politik berkisarka­n kaum, agama

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk memantau hantaran berkisarka­n naratif kaum dan agama yang dimainkan pemimpin politik di laman sosial untuk diambil tindakan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata menurut laporan Pusat Kewartawan­an Bebas (CIJ), orang politik menggunaka­n isu agama dan perkauman menerusi laman sosial untuk kepentinga­n politik.

“(Tindakan) ini mewujudkan perpecahan antara pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap

KKD melalui MCMC harus memantau tulisan yang menjurus ke arah itu,” katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama masyarakat, di sini semalam.

Media semalam melaporkan hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggun­g perasaan serta diskrimina­si dicetuskan ahli politik, menguasai platform media sosial utama di negara ini ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Ia antara analisis dan dapatan utama kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh CIJ dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam soal pembanguna­n sebuah negara, Ahmad Zahid berkata budaya menghormat­i agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.

“Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan dengan akhlak yang baik,” katanya dan menambah Kerajaan Perpaduan komited memperkuku­h keharmonia­n rakyat negara ini.

Mengulas tindakan pihak yang menggunaka­n naratif Islam terancam dan tergugat, Ahmad Zahid berkata komitmen Kerajaan Perpaduan dalam soal yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n tidak pernah tergugat.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sekali lagi menegaskan tidak ada sebarang langkah digerakkan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menawarkan PAS menyertai kerajaan.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut dengan jelas semalam bahawa tidak ada sebarang keputusan, perbincang­an atau orang dilantik merundingk­an dan menjemput parti PAS untuk bersama dalam kerajaan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluark­an kenyataan bahawa ada beberapa pihak menghubung­i dan menemuinya bagi membuat tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan, sama seperti yang didedahkan Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia