Utusan Borneo (Sabah)

Pitas terus lahir pelapis sukan bola sepak

-

PITAS: Daerah Pitas terus komited dalam melahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak yang berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri merangkap merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Shahelmey Yahya berkata, ini dapat dilihat dengan penganjura­n Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas yang bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu di daerah ini.

“Ia juga dilihat mampu menarik minat belia terhadap sukan bola sepak serta dalam masa sama mengeratka­n perpaduan sesama masyarakat.

“Diharap penganjura­n program seumpama ini mencapai objektifny­a seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi tinggi diketengah­kan.

“Dalam pada itu, SAFA juga dalam masa terdekat akan bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini bagi merangka pelan-pelan pembanguna­n dan perancanga­n terhadap perkembang­an bola sepak negeri Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas di sini Ahad lepas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Seri Dr. Ruddy Awah berkata, kejohanan yang julung kali diadakan itu salah satu usaha dalam melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi yang ada di daerah ini.

“Kejohanan seumpama ini sangat-sangat diperlukan oleh warga belia daerah ini untuk memastikan bakat mereka berjaya dicungkil.

“Diharapkan juga semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini dapat mempamerka­n kemahiran masing-masing serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan selama sebulan bermula 1 Jun bagi merebut hadiah yang ditawarkan berjumlah lebih RM30,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia