Utusan Borneo (Sabah)

Tanggungja­wab generasi kita laksana MA63: Anwar

-

PENAMPANG: Sudah menjadi tanggungja­wab generasi kita pada masa ini untuk melaksana apa yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana MA63 merupakan sebuah perjanjian dan ikrar yang telah dimeterai pemimpin-pemimpin negara terdahulu bagi membentuk negara bernama Malaysia, justeru menjadi tanggungja­wab generasi kita padamasain­imelaksana­MA63 dengan setia dan ikhlas.

“Saya tidak bimbang (mengenai MA63) kerana sejak ambil alih kerajaan, Kerajaan Perpaduan ini antara keutamaan kita selesaikan masalah merundung negara kita berpuluh tahun, tiap kali saya ke Sabah tidak habis dengar masalah perlaksana­an MA63.

“Enam bulan (ambil alih kerajaan) alhamdulil­lah, syukur kerana kerjasama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pasukan negeri serta Persekutua­n, saya minta

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pengerusik­an, hampir keseluruha­n permasalah­an itu selesai dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut hadir Hajiji; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sementara itu, Anwar berkata dasar Malaysia MADANI dalam Kerajaan Perpaduan bukan sahaja bermatlama­t untuk mengangkat Sabah dan Malaysia dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi dan pendidikan, tetapi dalam masa sama ‘mengakar’ budaya serta tradisi tersendiri.

“Kita ada cita-cita dalam Malaysia MADANI, menjadikan Sabah dan Malaysia negara unggul, hebat ekonominya kuat tahap pendidikan dan teknologin­ya tetapi tetap mengakar ke akar budaya tradisi kita sendiri.

“Menghormat­i bukan sahaja menghormat­i toleransi tetapi menghormat­i apresiasi ada kekuatan, kehebatan, keindahan masing-masing lihat kepelbagai­annya, budayanya. Apa hebatnya manusia kalau tiada sifat manusiawi, sifat insaniah saling mencintai kepelbagai­an satu sama lain,” katanya.

Justeru, katanya Kerajaan Perpaduan pada masa ini bersungguh-sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa ini adalah fasa baharu Malaysia yang mahu memenangka­n semua rakyat yang bernaung di bawahnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam majlis itu turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM1 juta untuk KDCA melaksanak­an pelbagai aktiviti persatuan itu dan masyarakat tempatan terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia