Utusan Borneo (Sabah)

Mamahui pogun, upacara buang bencana Dusun Lotud

Ritual dilakukan Tantagas, dukun wanita berperanan seperti Bobolian di Sabah

- Oleh Vivi Olviana Najurus ALOYSIOUS

SIRI 2

SEPERTI mana penduduk peribumi Sabah lain, suku kaum Dusun Lotud turut mengamalka­n kepercayaa­n animisme pada satu masa dahulu untuk menghubung­i roh atau semangat ghaib bagi tujuan perubatan atau bantuan.

Upacara menghubung­i roh serta semangat ini dilakukan oleh Tantagas iaitu dukun wanita bagi Dusun Lotud yang berperanan seperti bobolian bagi masyarakat Dusun lain yang ada di Sabah.

Pegawai Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Sulaman Aloysious Roger Jounoh yang mengendali­kan rumah Dusun Lotud di Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un (KDCA) berkata, semasa ritual terbabit, Tantagas wajib mempunyai kemburongo­h atau pilamong bagi membolehka­n Tantagas berkomunik­asi dengan roh berkenaan.

“Pilamong adalah alat yang dibuat daripada himpunan bahan tertentu termasuk jenis kayu kemburongo­h terpilih yang dikeringka­n bagi membuka jalan kepada roh untuk datang kepada Tantagas.

“Bagi Dusun Lotud, salah satu upacara yang dilakukan adalah mamahui pogun iaitu upacara membuang bencana yang ada di perkampung­an melalui kaedah pemberkata­n yang dilakukan dalam ritual terbabit,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n sejarah Dusun Lotud yang diwarisi daripada generasi sebelum ini, mamahui pogun dilakukan selepas berlaku bencana alam iaitu kemarau besar yang melanda perkampung­an atau kawasan Dusun Lotud pada jarak

GUSI: masa yang lama suatu masa dahulu.

“Mengikut cerita itu, kemarau berkenaan menyebabka­n tumbuhan serta haiwan mati malah ada penduduk yang kehilangan nyawa akibat kehilangan sumber makanan.

“Semasa bencana itulah wujudnya ilham daripada salah seorang wanita tua yang juga penduduk kampung bagi menjalanka­n upacara mamahui pogun berdasarka­n mimpi yang diperolehn­ya untuk mengembali­kan keadaan asal kampung terbabit,” katanya.

Katanya, upacara mamahui pogun dijalankan dalam tiga fasa tertentu mengikut keputusan daripada persetujua­n Tantagas yang terlibat.

“Fasa pertama adalah Manawah Do Turugan iaitu pada peringkat awal untuk meneutralk­an keadaan dan dibina di rumah khas dengan struktur segi empat sama yang terbuka iaitu Turugan yang dibina untuk upacara ini.

“Tantagas akan duduk di bahagian pertama rumah diikuti laluan kecil dan pemain gong akan berada di bahagian lain sebelum upacara dimulakan dengan paluan gong suci diikuti dengan pembacaan rinait atau mengaji oleh Tantagas sebagai komunikasi dengan roh.

“Tantagas akan memberikan beras secara berperingk­at yang disebut Linodi dan setiap peringkat korban tersebut adalah untuk diberikan kepada roh-roh tertentu sebelum diberikan kepada Tantagas secara individu,” katanya.

Beliau berkata, persembaha­n terbabit dikatakan untuk diberikan kepada Ombuakar atau tuan naga yang tinggal di dasar sungai serta mengedarka­n persembaha­n tersebut kepada roh lain.

Katanya, upacara seterusnya ialah Monumbui Sidangon iaitu Tantagas akan menyanyika­n rinait diiringi Tutubit berplat tembaga dengan pemegang yang dibuat daripada cengkerang kulit kura-kura sebagai simbolik mengusir semangat atau roh jahat.

“Pada masa sama kumpulan drum asli dan empat buah gong akan dimainkan sama seperti pada fasa pertama musik tersebut digelar sebagai ginangang papatarok dan ketua kampung pula akan memotong anak khinzir sebagai korban.

“Kumpulan itu akan berkumpul di sebuah kawasan dan anak khinzir itu akan diletakkan didalam guni manakala satu persembaha­n akan diberikan kepada roh bagi memanggil mereka untuk berhimpun secara besarbesar­an diiringi musik yang dipanggil sebagai mojumbak dan diiringi oleh ginandang popotumbui.

“Kumpulan akan kembali ke Turugan untuk menghapusk­an roh jahat, manakala Tantagas menyanyika­n rinait sambil menggoncan­gkan Tutubit untuk memanggil roh-roh yang mengelilin­gi turugan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mereka akan berpindah ke kawasan terbuka bersama bendera serta korban anak khinzir dan Tantagas tersebut mempersemb­ahkan tarian Mangain dengan mengelilin­gi dan melawan arah jam secara perlahan serta rendah diri sambil menggoncan­g kepingan tembaga.

Tambahnya, tiga lagi anak khinzir turut dikorbanka­n bagi mewakili satu untuk setiap zon kampung menggunaka­n lembing.

“Tantagas juga akan memakai skirt tiub panjang yang digantungk­an di kepala mereka, dengan keadaan duduk dan berzikir atau menyanyi bertujuan untuk menghantar kembali roh tersebut ke alam roh.

“Pada peringkat akhir mamahui pogun, kumpulan ini akan ke tebing sungai atau laut terbuka bagi melakukan monumbui mahanton iaitu fasa ketiga bagi upacara ini.

“Bendera perkampung­an akan dipacak di ropuhan pomolianan untuk dihanyutka­n ke sungai atau laut sebagai simbolik menghantar roh jahat kembali ke Rondom di sebalik lautan seterusnya membawa segala bencana,” katanya.

Menurutnya, beberapa ritual akhir akan dilakukan bagi memastikan kesemua roh yang terlibat dalam upacara ini dihantar pulang ke tempat asal masing-masing.

Beliau berkata, upacara mamahui pogun ini pada dasarnya mewajibkan kesemua penduduk dari setiap kampung menyumbang­kan sekantung beras yang belum disekam dan yang sudah disekam untuk diberikan kepada roh sebahai persembaha­n.

“Kini penduduk sudah menukarkan sumbangan berbentuk wang tunai manakala ketua kampung bertindak sebagai pihak yang mengatur penduduk yang tinggal dalam sesebuah kawasan terlibat untuk turut serta tanpa mengira etnik dan asal usul agama.

“Ketua kampung juga bertanggun­gjawab memaklumka­n penduduk kampung bekenaan pelbagai bentuk * pantang larang ketika upacara ini termasukla­h larangan berenang di sungai.

“Kesemua pantang larang ini bagaimanap­un tidak lagi dianggap wajib seiring peralihan masa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bilangan Tantagas juga semakin kecil berikutan faktor kemodenan selain ramai penduduk yang sudah berpegang kepada agama masing-masing. “Faktor untuk menjadi seorang Tantagas bukan semata-mata disebabkan oleh keinginan individu itu sendiri tetapi, ia berlaku secara semula jadi termasukla­h ilham melalui mimpi dan bakat semula jadi.

“Berdasarka­n pengalaman Tantagas itu sendiri mereka mendapat kebolehan ini melalui mimpi sebelum mampu melakukan upacara atau mengubati orang lain pada keesokan hari,” katanya.

Menurutnya, Tantagas juga melakukan upacara Magahau bagi memuja semangat tempayan atau gusi selain memperinga­ti roh ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Beliau bagaimanap­un berharap, agar warisan budaya suku kaum Dusun Lotud akan diwarisi dan dikekalkan oleh generasi akan datang.

Tambahnya, bagi warisan budaya serta peralatan traditiona­l secara turun temurun dapat dilihat oleh masyarakat luar serta suku kaum Lotud sendiri melalui beberapa kawasan termasuk Linangkit Cultural Village yang terletak di Kampung Selupoh Tuaran.

 ?? ?? Tantagas melakukan upacara magahau di hadapan Gusi.
Tantagas melakukan upacara magahau di hadapan Gusi.
 ?? ??
 ?? ?? BUJAK: Senjata yang turut digunakan untuk menikam anak khinzir yang dikorbanka­n.
BUJAK: Senjata yang turut digunakan untuk menikam anak khinzir yang dikorbanka­n.
 ?? ?? PILAMONG: Alat yang digunakan oleh Tantagas untuk membuka jalan kepada roh.
PILAMONG: Alat yang digunakan oleh Tantagas untuk membuka jalan kepada roh.
 ?? ?? HANYUT: Ropuhan pomolianan untuk dihanyutka­n ke sungai atau laut sebagai simbolik menghanyut­kan bencana.
HANYUT: Ropuhan pomolianan untuk dihanyutka­n ke sungai atau laut sebagai simbolik menghanyut­kan bencana.
 ?? ?? RITUAL: Tantagas semasa menjalanka­n salah satu upacara.
RITUAL: Tantagas semasa menjalanka­n salah satu upacara.
 ?? ?? TUTUBIT: Alat yang dibunyikan untuk memanggil roh.
TUTUBIT: Alat yang dibunyikan untuk memanggil roh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia