Utusan Borneo (Sabah)

SEKTOR PERUMAHAN KEKAL POSITIF

- Oleh Vivi Olviana Najurus ARTHUR KURUP

KOTA KINABALU:

Sektor perumahan dilihat kekal memberi pulangan positif dan menguntung­kan walaupun berdepan beberapa isu dan cabaran.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yakin sektor berkenaan mampu membuahkan kejayaan dan terus berkembang.

Katanya, ia seiring dengan komitmen dan usaha kerajaan dalam mentransfo­rmasikan sektor itu ditambah dengan perkembang­an pesat teknologi maklumat serta komunikasi.

“Ini juga masa yang sesuai memandangk­an Malaysia Timur sendiri adalah pasaran terbaik bagi pertumbuha­n sektor perumahan,” katanya ketika merasmikan majlis anjuran GSH Corporatio­n Limited dan China Railway Constructi­on Group

(CRCG) (M) Sdn Bhd di sini.

Joachim yang juga

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, berdasarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia

Sabah, Sarawak dan

Labuan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 6 juta pada 2021.

“Memandangk­an pasaran ekonomi semakin positif selepas pandemik, pasaran hartanah perumahan di Sabah mengalami pulangan yang ketara pada 2021.

“Sejumlah 4,805 transaksi berjumlah RM1.941 bilion berjaya didaftarka­n yang mewakili peningkata­n tahunan sebanyak 20.61 peratus serta 37.71 peratus masing-masing pemantauan hartanah Kota Kinabalu daripada The Edge dan Rahim and Co,” katanya.

Menurutnya, industri perumahan penyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan ketersedia­an peluang pekerjaan baharu selain menyumbang kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tambahnya, kerajaan negeri turut menjangkak­an pulangan besar daripada peserta inisiatif SabahMalay­sia Rumah Keduaku (SBH-MM2H).

“Salah satu keperluan program SBH-MM2H adalah penginapan minimum 30 hari setahun dan individu atau keluarga unik kumpulan etnik dan budaya tempatan, negeri ini mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong yang ingin menjadikan Sabah sebagai rumah kedua mereka,” katanya sambil menambah program SBHMM2H memberi insentif kepada pelancong asing dengan ganjaran yang banyak.

Sementara itu, bercakap mengenai majlis ini Joachim berkata, ia adalah tradisi lama dalam industri pembinaan yang meraikan kejayaan projek.

Katanya, majlis ini juga menandakan rangka kerja struktur bangunan yang berjaya disiapkan seiring dengan struktur akhir dinaikkan bagi melengkapk­an rangka bangunan.

“Saya dimaklumka­n bahawa kompleks kondominiu­m Coral Bay @ Sutera diilhamkan dengan alam semula jadi yang melindungi pantai serta terumbu karang sebelum dinamakan Coral Bay.

“Kompleks hartanah ini juga dilengkapi dengan kemajuan teknologi terkini dalam pasaran. Reka bentuk bangunan menggabung­kan inovasi terkini dalam industri pembinaan serta teknologi anti-seismik, menjadikan­nya tambahan pintar kepada latar langit bandar,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Jamili Nais, Ketua Pegawai Eksekutif GSH Corporatio­n Limited Gilbert Ee Guan Hui dan Pengarah Projek CRCG (M) Sdn Bhd Zhang Ting.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? KENANGAN: Joachim merakamkan gambar kenangan bersama jemputan lain semasa majlis itu.
KENANGAN: Joachim merakamkan gambar kenangan bersama jemputan lain semasa majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia