Utusan Borneo (Sabah)

KOOP Sahabat buka cawangan klinik pertama di Sabah

Insipirasi, motivasi kepada lebih 15,000 koperasi di seluruh negara

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick semalam merasmikan Klinik Sahabat yang pertama di Sabah, dimiliki Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (KOOP Sahabat).

Beliau berharap kejayaan KOOP Sahabat akan menjadi insipirasi dan motivasi kepada lebih 15,000 koperasi di seluruh negara.

“Kita mahu mereka juga bersaing bukan untuk mendapat tempat siapa yang terbaik tetapi bersaing menjana pendapatan untuk manfaat ahli-ahli koperasi.

“Saya mengalu-alukan pembukaan Klinik Sahabat di Sabah dan berharap KOOP Sahabat meneroka potensipot­ensi perniagaan lain di Sabah dan terus memberikan perkhidmat­an terbaik kepada ahli-ahli koperasi sesuai dengan tema koperasi ‘dari Sahabat, kepada sahabat, untuk sahabat’.

“KOOP Sahabat mempunyai keanggotaa­n seramai 78,000 di negeri ini pastinya akan membantu menjana pendapatan yang lebih konsisten kepada koperasi dan memastikan koperasi ini terus kekal sebagai antara terbaik di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Klinik Sahabat di Warisan Square di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) Sabah Matias Kundapin dan Pengerusi Lembaga KOOP Sahabat Mohd Najib Mohd Noor.

Ewon turut mencadangk­an supaya agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan menjadikan Klinik Sahabat sebagai panel klinik jabatan dan agensi mereka.

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, di bawah kendalian anak syarikatny­a Sahabat Ikhtiar Healthcare Sdn. Bhd. (SIHSB) melebarkan sayap dengan membuka klinik cawangan ketiga di Kota Kinabalu. Klinik Sahabat ini beroperasi secara rasmi pada awal Mei lalu.

Sementara itu, Mohd Najib berkata, pembukaan Klinik Sahabat di Sabah adalah pelaburan pertama di negeri ini setelah mengambil kira sambutan menggalakk­an daripada pembukaan cawangan di Lembah Klang dan Selangor.

“KOOP Sahabat adalah koperasi pertama yang menerajui perkhidmat­an kesihatan melalui pembukaan Klinik Sahabat setelah melihat peluang yang amat baik untuk manfaat lebih 450,000 anggotanya dis eluruh negara,” katanya.

Menurutnya, KOOP Sahabat juga merancang untuk membuka 10 cawangan klinik baharu menjelang 2026 di seluruh negara.

“Melalui pembukaan cawangan-cawangan ini, KOOP Sahabat menganggar­kan pendapatan tahunan sebanyak RM8 juta,” katanya.

Mohd Najib berkata, SIHSB turut berhasrat mempelbaga­ikan perkhidmat­an penjagaan kesihatan melalui pembukaan Pusat Perubatan Wanita dan Kanak-kanak, Klinik Estetik dan Pusat Dialisis pada masa akan datang.

“Melalui perkhidmat­an kesihatan ini, KOOP Sahabat dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta ruang pendidikan kepada masyarakat khususnya kepada anggota KOOP Sahabat.

“Selain perkhidmat­an kesihatan, KOOP Sahabat menjalanka­n perniagaan dalam Perkhidmat­an Kewangan seperti Ar Rahnu, Pembanguna­n Hartanah, Pelaburan Korporat, Pelaburan Strategik serta pelaburan dalam ekuiti awam.

“Pelaburan Hartanah adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan dan Pelaburan KOOP Sahabat pada masa kini dengan Nilai Pelaburan Kasar (GDV) melebihi RM500 juta melibatkan projek-projek di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Pahang,” katanya.

Pada Majlis itu, Ewon turut menyampaik­an replica cek Pembiyaan Tabung Modal Pusingan SKM bernilai RM7.34 juta kepada KOOP Sahabat yang akan digunakan bagi projek pembanguna­n hartanah di Bukit Bandaraya Shah Alam, Selangor.

 ?? ?? PEMBIAYAAN: Ewon (tiga kanan) menyampaik­an replika cek Pembiyaan Tabung Modal Pusingan SKM pada majlis itu.
PEMBIAYAAN: Ewon (tiga kanan) menyampaik­an replika cek Pembiyaan Tabung Modal Pusingan SKM pada majlis itu.
 ?? ?? TAHAN: Feri kenderaan dan penumpang yang ditahan di perairan Labuan.
TAHAN: Feri kenderaan dan penumpang yang ditahan di perairan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia