Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen Perdana Menteri terhadap Sabah dihargai

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Datuk Jasni Matlani amat menghargai komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sering datang ke Sabah tetapi memastikan rakyat dan negeri ini tidak terpinggir daripada arus perdana Malaysia Madani.

Katanya, Sabah memerlukan teraju kepimpinan yang melihat negeri ini dari dekat dan memahami keluh-kesah serta derita rakyat Sabah dengan mata sendiri dan bukan melihatnya dari jauh sehingga menyebabka­n negeri ini jauh ketinggala­n berbanding apa yang dinikmati oleh beberapa negeri di Semenanjun­g.

“Seperti yang diakui oleh Perdana Menteri, kemudahan infrastruk­tur jalan raya negeri ini menyedihka­n, berlubang-lubang, begitu juga masalah air dan masalah kemiskinan rakyat tidak pernah berakhir.

“Apabila Perdana Menteri sendiri selalu turun padang dan merasa denyut derita rakyat Sabah secara dekat, maka ini adalah bahagian besar daripada solusi yang sangat dialu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar dalam kunjungan kerjanya di Sabah sempena sambutan Pesta Menuai tahun ini seterusnya bermesyuar­at dengan pimpinan kerajaan negeri dalam usaha menyelesai­kan masalah infrastruk­tur, air dan kemiskinan tegar yang tinggi di negeri ini.

Jasni sendiri sudah beberapa kali menulis surat kepada Anwar supaya melihat Sabah secara dekat dan memberi perhatian serius termasuk dalam isu budaya, bahasa dan sastera di negeri ini.

“Malah ada sepucuk surat yang saya tulis dan tersiar dalam buku ‘100 warkah 1000 Impian Anwar PM-10’ yang turut dilancarka­n dan diserahkan kepada Anwar semasa Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur barubaru ini.

“Saya harap beliau berkesempa­tan dan mempunyai ruang untuk membaca surat berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia