Utusan Borneo (Sabah)

Feri ditahan gagal lapor pertukaran nakhoda

- Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan menahan sebuah feri kenderaan dan penumpang dalam satu operasi di kedudukan 2.0 batu nautika Barat Laut Pulau Daat di sini.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalanka­n rondaan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut,Op Tiris dan Op Bersepadu bersama Jabatan Laut melakukan pemeriksaa­n rutin terhadap sebuah feri kenderaan dan penumpang kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati feri terbabit dikendalik­an seorang nakhoda warganegar­a Filipina berumur 63 tahun dan empat kru yang lain terdiri daripada warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 67 tahun.

“Pemeriksaa­n lanjut bagaimanap­un mendapati feri berkenaan melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana dipercayai tidak melaporkan pertukaran nakhoda (Ship Registery) kepada Pegawai Pelabuhan dan Sijil Penumpang yang digunakan juga tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata, feri berkenaan kemudian diiring ke Jeti Zon Maritim Labuan manakala nakhoda serta seorang krew bersama dokumen feri dibawa ke Pejabat Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia menegaskan kepada semua pemilik dan nakhoda bot dan feri agar sentiasa memastikan segala prosedur dan peraturan dipatuhi.

“Kita juga tidak akan berkomprom­i dengan manamana pihak dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sebarang aktiviti atau kegiatan jenayah di laut.

“Orang ramai boleh menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia