Utusan Borneo (Sabah)

Isu air di Kelantan, Sabah dapat perhatian

Pasukan petugas khas diwujudkan bagi menyediaka­n strategi segera menangani isu air

-

PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas diwujudkan bagi mencari penyelesai­an isu air di Kelantan dan Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penubuhan pasukan itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat khas yang diadakan bersama-sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor di Perdana Putra di sini, semalam.

Beliau berkata pasukan yang dianggotai Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta kerajaan negeri itu berperanan menyediaka­n strategi segera menangani isu air di keduadua negeri itu.

“Tanggungja­wab kita adalah pastikan rakyat peroleh kemudahan air bersih sesegera mungkin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI Dalur di sini semalam.

Beliau berkata mesyuarat khas semalam turut membincang­kan mengenai beberapa tindakan segera yang perlu diambil antaranya melibatkan masalah bekalan air yang tidak sampai dan bekalan air tidak bersih.

“(Masalah air ini) perlu langkah awal dan kita akan sediakan sedikit dana… projek ini memerlukan projek besar jangka panjang dan sederhana,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perkara yang dibangkitk­an semasa mesyuarat khas itu, Anwar berkata Sabah misalnya telah membangkit­kan isu keperluan pinjaman mudah untuk satu projek empangan.

Anwar menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bekerjasam­a dengan kerajaan Persekutua­n dan menerima keputusan yang dibuat kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Tidak boleh bekerja secara silo, kita memerlukan dana yang besar dan mesti pastikan kita dapat melakukan dan menyelesai­kannya,” katanya.

Anwar sebelum ini berkata masalah air di Kelantan dan Sabah akan cuba ditangani Kerajaan Persekutua­n meskipun melibatkan belanja besar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Anwar menyampaik­an ucapan semasa majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani Dalur (PPAM Madani Dalur) Presint 18, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Anwar menyampaik­an ucapan semasa majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia Madani Dalur (PPAM Madani Dalur) Presint 18, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia