Utusan Borneo (Sabah)

Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci

-

SEPANG: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisipli­n dan mengekalka­n nama baik negara ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Orang Melayu Islam terutamany­a memang terkenal dengan disiplin, atas dasar tersebut saya nasihatkan tuan puan untuk kekalkan disiplin, kekalkan nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci agar tidak menjejaska­n imej negara dan hubungan baik negara dengan Arab Saudi,” katanya ketika berucap pada Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Musim Haji 1444 Hijrah di sini semalam.

Beliau kemudianny­a bersalam dengan sebahagian daripada 356 bakal jemaah haji yang akan berlepas ke Madinah menerusi penerbanga­n SV5669 dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.35 petang semalam.

Mohd Na’im turut mengingatk­an jemaah haji supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan mengikuti arahan Tabung Haji serta fokus kepada ibadat untuk memperoleh haji mabrur.

Beliau turut menekankan kepentinga­n bertoleran­si dan mengamalka­n sifat sabar sesama jemaah haji yang terdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam dan warna kulit serta tidak mensia-siakan peluang beribadah di Tanah Suci.

Penerbanga­n pertama jemaah haji negara bermula pada 21 Mei dan penerbanga­n terakhir adalah pada 21 Jun depan, manakala jemaah haji akan beransur pulang ke tanah air bermula 6 Julai dan penerbanga­n pulang terakhir adalah pada 2 Ogos 2023.

Sebanyak 98 penerbanga­n sewa khas digunakan untuk membawa kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia yang membabitka­n syarikat penerbanga­n Malaysia Airlines dan Saudia Airlines pada tahun ini berbanding 48 bagi 2022.

Hari Wuquf iaitu 9 Zulhijah tahun ini dijangka jatuh pada Selasa iaitu 27 Jun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Abang Johari (dua kanan) dan isteri Puan Sri Jumaani Tun Tuanku Bujang memotong kek pada majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam. Turut hadir kedua-dua Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah (empat kiri).
— Gambar Bernama MERIAH: Abang Johari (dua kanan) dan isteri Puan Sri Jumaani Tun Tuanku Bujang memotong kek pada majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, semalam. Turut hadir kedua-dua Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua kiri) dan Datuk Amar Douglas Uggah (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia