Utusan Borneo (Sabah)

KKM bincang SOP baharu COVID-19 pertengaha­n Jun ini

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan mengadakan satu mesyuarat pada pertengaha­n Jun ini, bagi membincang­kan garis panduan baharu prosedur operasi standard (SOP) COVID19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementeria­n mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarangpe­ngumumande­ngan mengambil kira Malaysia yang masih ditetapkan di bawah Kawasan Jangkitan Tempatan yang berakhir 30 Jun ini.

“Jadi, pada pertengaha­n Jun nanti kita akan meneliti SOP dan lihat bagaimana kita boleh membuat kemas kini daripada situ,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kuala Lumpur Wellness City (KLWC) di galeri jualan KLWC di Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata pindaan terhadap SOP berkenaan termasuk membabitka­n pemakaian pelitup muka dalam pengangkut­an awam.

“Kita perlu melihat sama ada trend kes (COVID-19) kerana ia sesuatu yang kita tidak boleh jangka, contohnya kita mungkin berdepan lonjakan kes ketika musim perayaan jadi kita perlu menguruska­nnya, dan selepas itu barulah kita putuskan,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran KLWC, beliau berkata ia menandakan satu langkah berani ke arah mewujudkan masyarakat yang mampan dan inklusif dengan meletakkan keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahter­aan rakyat.

“Inisiatif berwawasan ini mewakili komitmen untuk menyediaka­n perkhidmat­an penjagaan kesihatan terbaik ke arah membina sebuah negara lebih sihat, yang mengiktira­f kesalinghu­bungan kesejahter­aan fizikal, mental dan sosial,” katanya.

KLWC merupakan projek perbandara­n khas pertama dibina di Asia Tenggara bagi memupukan gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan penjagaan kesihatan dan kesejahter­aan dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM11 bilion merangkumi lebih 10.72 hektar tanah.

Projekberk­enaanmenam­pilkan ekosistem lengkap untuk kesejahter­aan dan kesihatan seperti The Nobel Healthcare

Park, Hospital Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIH), makmalinov­asi,fasilitipe­nyelidikan klinikal dan pembanguna­n, menara pejabat penjagaan kesihatan, pusat peranginan pesara, hab penjagaan kesihatan dan taman berasaskan kecergasan.

Dr Zaliha turut mengulangi pendirian KKM untuk menyokongi­nisiatifdi­pacuoleh sektor swasta seperti KLIH dalam meningkatk­an industri pelanconga­n kesihatan negara supaya dapat bersaing dengan negara pesaing seperti Thailand dan Singapura.

Pengarah Urusan KLWC Datuk Dr Colin Lee dalam kenyataan berkata projek berkenaan bertujuan menyokong rancangan rasional Malaysia untuk diiktiraf sebagai destinasi pelanconga­n perubatan.

“KLWC direka bentuk untuk menyediaka­n dan mengutamak­an kesihatan serta kesejahter­aan sebagai nadi pembanguna­n, melalui visi hab kesihatan 360 darjah berpusat di sekitar perbandara­n merangkumi semua aspek penjagaan perubatan, kesihatan, kesejahter­aan, kecergasan dan perniagaan lengkap dengan kediaman, runcit dan komersial,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia