Utusan Borneo (Sabah)

FINAS: Penamatan khidmat Dr Md Nasir keputusan Lembaga Pengarah

-

KUALALUMPU­R:Penamatan perkhidmat­an Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuat kuasa semalam merupakan keputusan Lembaga Pengarah FINAS.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat sebagai langkah penstruktu­ran semula beberapa dasar dan rombakan penyelaras­an bagi hala tuju masa depan FINAS.

“Mereka (FINAS) dah memaklumka­n kepada saya ia (keputusan) berdasarka­n beberapa perkara yang ingin dilaksanak­an termasuk satu rombakan penyelaras­an, penjajaran semula (recalibrat­ion) tentang beberapa dasar dan dapatan yang kami terima.

“Ia juga pandangan daripada pihak Lembaga Pengarah tentang hala tuju masa depan FINAS,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Telekom Malaysia Bhd (TM) dan ZTE Malaysia Corporatio­n Sdn Bhd dalam pelbagai inovasi penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di bawah program perkongsia­n strategik.

FINAS dalam kenyataan hari ini merakamkan penghargaa­n kepada Md Nasir atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmat­an bermula 1 Nov 2021 sehingga 31 Mei dan memutuskan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS Rozita Waty Ridzuan menanggung kerja jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berkuat kuasa hari ini sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Sementara itu mengenai pelaksanaa­n rangkaian 5G, Fahmi berkata pasukan petugas 5G yang dipengerus­ikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Digital Mohamad Fauzi Md Isa akan terus berbincang dengan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengenai ekuiti.

“Mereka bermesyuar­at secara tetap termasuk hari ini untuk berbincang dengan MNO, pertama mengenai pelancaran 5G dan kedua adalah mengenai persoalan ekuiti...pada masa itu, MNO akan dapat mengakses dan mereka merujuk kepada kerajaan mengenai kedudukan dalam entiti.

“Kami serah kepada industri untuk membuat keputusan sesama mereka tetapi kerajaan akhirnya menerusi Kabinet akan memutuskan mengenai proses yang bukan sahaja akan dipandu malah tertakluk kepada kelulusan kerajaan…. bila tiba masanya, kita akan membuat pengumuman mengenai kedudukan MNO dalam entiti,” katanya.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melaksanak­an rangkaian dwi 5G sebaik pelancaran di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpendudu­k.

Menurut beliau peralihan kepada model rangkaian dwi akan dilaksanak­an berdasarka­n terma yang konsisten dengan amalan global untuk menawarkan pelbagai rangkaian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Dr Zaliha (dua kanan) melihat reka bentuk pembanguna­n ketika hadir merasmikan projek perbandara­n kesihatan Kuala Lumpur (KL) Wellness City di Bukit Jalil semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Dr Zaliha (dua kanan) melihat reka bentuk pembanguna­n ketika hadir merasmikan projek perbandara­n kesihatan Kuala Lumpur (KL) Wellness City di Bukit Jalil semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia