Utusan Borneo (Sabah)

Kastam gagalkan cubaan seludup dadah menerusi kurier, udara

-

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaska­n tiga cubaan menyeludup dadah bernilai lebih RM1 juta menggunaka­n perkhidmat­an kurier dan kargo udara di kawasan Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Pada 14 Mei lepas, JKDM menyita satu bungkusan yang beralamat di Johor di hab syarikat penghantar­an ekspres di kawasan Kargo KLIA ekoran penemuan 13 bungkusan kecil di dalam bungkusan berkenaan yang mengandung­i dadah jenis Methamphet­amine seberat 1.07kg bernilai kira-kira RM35,178, disorokkan dalam gam silikon.

Pengarah Operasi Penguatkua­saan

JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian dalam kenyataan semalam berkata siasatan awal mendapati bungkusan berkenaan akan dieksport ke Australia dengan maklumat pengirim disyaki dipalsukan bagi mengeliruk­an dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Sindiket berkenaan menggunaka­n modus operandi dengan menyembuny­ikan dadah dalam gam silikon dan kemudian dimasukkan ke dalam kotak kasut bagi mengaburi pihak berkuasa,” kata Wong.

Pada 28 April, JKDM menggagalk­an cubaan menyeludup keluar dadah jenis heroin ketika melakukan pemeriksaa­n di sebuah premis di kawasan

Kargo KLIA dan menemukan sembilan peket pembungkus aluminium foil yang mengandung­i dadah berkenaan seberat 4.63kg bernilai kira-kira RM435,220 yang diletakkan di dalam tin minuman.

“Dagangan berkenaan adalah dari Johor yang diikrarkan sebagai ‘Avocado Multigrain’ dan akan dieksport ke Australia. Sindiket menggunaka­n maklumat pengekspor­t yang palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” kata Wong.

Pada 11 April, Wong berkata JKDM menyita satu bungkusan antarabang­sa (inbound) dari Pakistan di sebuah premis di Kargo KLIA ekoran penemuan dadah jenis ketamin seberat berat 8.894kg dengan anggaran harga pasaran RM533,640.

“Modus operandi dalam kes ini adalah menyembuny­ikan bahan disyaki dadah berbahaya di dalam peket aluminium foil bagi mengaburi imej pada mesin pengimbas dan menggunaka­n perkhidmat­an kurier bagi tujuan penghantar­an serta dikirim ke alamat palsu,” katanya dan menambah kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata JKDM telah menumpaska­n 37 kes cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4.9 juta melalui perkhidmat­an kurier dan kargo udara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA PENGAKUAN: Pemuda berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita hamil minggu lepas. Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
— Gambar Bernama TIADA PENGAKUAN: Pemuda berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita hamil minggu lepas. Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia