Utusan Borneo (Sabah)

Kekayaan 50 individu terkaya meningkat kepada US$81.6b

Dalam senarai Forbes 2023, Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

-

SINGAPURA: Kekayaan terkumpul taikun dalam senarai Forbes 2023 untuk 50 individu terkaya di Malaysia meningkat kepada US$81.6 bilion daripada US$80.5 bilion pada tahun lepas walaupun mengalami penurunan dalam pasaran saham, menurut Forbes Asia. (US$1=RM4.61)

“Selepas meningkat 8.7 peratus pada 2022 berikutan perbelanja­an pengguna domestik yang pulih, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada tahun ini.

“Walaupun negara kembali pulih selepas pandemik, pasaran saham merosot 8.0 peratus sejak kekayaan diukur kali terakhir dan ringgit turut susut hampir 2.0 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di sini semalam.

Dalam senarai terkini, tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok, yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini kekal sebagai individu terkaya di Malaysia, kedudukan yang dipegangny­a selama lebih suku abad.

Kuok, yang mendapat keuntungan tertinggi dari segi dolar pada tahun ini, adalah satu daripada hanya dua individu dalam senarai dengan kekayaan dua angka sebanyak US$11.8 bilion.

Seorang lagi ialah Tan Sri

Quek Leng Chan, Pengerusi Eksekutif milik persendiri­an Hong Leong Group untuk cabang Malaysia, menduduki tempat kedua dengan kekayaan terkumpul sebanyak US$10.2 bilion.

“Secara keseluruha­nnya, 19 kekayaan meningkat dan hampir separuh turun,” menurut Forbes Asia.

Walaupun berada dalam kategori kedua, tokoh logam Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya kekal di tempat ketiga.

Gabungan kekayaan mereka sebanyak US$5.8 bilion berkuranga­n hampir 7.0 peratus daripada $6.2 bilion pada tahun lepas, sejajar dengan kejatuhan saham syarikat mereka Press Metal Aluminium Holdings, pengeluar aluminium bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara berikutan kos bahan mentah dan pengangkut­an yang tinggi.

Antara yang mendapat keuntungan yang tinggi dalam senarai pada tahun ini ialah duo bapa dan anak Yaw Teck Seng dan Chee Ming, yang mengawal syarikat gergasi kayu balak, Samling.

Mereka melonjak kepada No. 16 daripada No. 32 pada tahun lepas apabila kekayaan mereka meningkat lebih dua kali ganda kepada US$1.25 bilion, berdasarka­n maklumat baharu mengenai aset persendiri­an mereka.

Bekas guru matematik Dr Chia Song Kun (No. 10, US$1.8 bilion), Pengerusi Eksekutif syarikat makanan laut keluargany­a, QL Resources, kembali kepada kedudukan selepas jurang selama tujuh tahun apabila saham syarikat mencatatka­n peningkata­n hampir 20.0 peratus dan kemasukan kepentinga­n keluargany­a yang lebih luas.

“Dua taikun yang disokong ekuiti swasta mendapat sokongan daripada urus niaga penting,” menurut Forbes Asia.

Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (No. 24), yang Weststar Aviation Services mengendali­kan kumpulan helikopter untuk perkhidmat­an luar pesisir kedua terbesar di rantau Asia Pasifik, telah membeli semula 21 peratus kepentinga­n dalam firma pelaburan KKR dan kini bernilai US$825 juta, naik 27 peratus daripada tahun lepas.

Kekayaan pengasas penyedia perkhidmat­an pengebumia­n Nirvana Asia, Tan Sri David Kong (No. 23, US$860 juta), meningkat berikutan cadangan penjualan oleh firma ekuiti swasta CVC Capital Partners untuk kepentinga­nnya pada anggaran penilaian sebanyak US$2 bilion.

Lima muka baharu pada tahun ini termasukla­h usahawan hartanah Chiau Beng Teik (No. 29, US$665 juta), pengasas Chin Hin Group dan Yu Kuan Chon (No. 39, US$430 juta), seorang doktor perubatan yang menguruska­n YNH Property.

Pendatang baharu yang lain ialah Ong Soon Ho (No. 32, US$630 juta), pengasas kumpulan agrokimia Hextar dan Goh Nan Kioh (No. 40, US$425 juta), yang memiliki firma pelaburan Mega First dan mempunyai kepentinga­n dalam D&O Green Technologi­es, menghasilk­an diod pemancar cahaya untuk sektor automotif.

Menurut Forbes Asia, nilai bersih minimum untuk berada dalam senarai itu ialah US$315 juta, meningkat daripada US$255 juta pada 2022.

Sementara itu, senarai tersebut menyaksika­n Tan Sri Ananda Krishnan dari Maxis, yang nilai bersihnya meningkat US$400 juta kepada US$5.4 bilion, menduduki tempat keempat.

Kekayaan pengasas Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow, yang meninggal dunia pada Disember, kini disenaraik­an di bawah anak-anaknya, adikberadi­k Teh (No. 5, US$5.2 bilion).

Senarai lengkap boleh didapati di www.forbes.com/ malaysia dan dalam edisi Jun Forbes Asia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Akmal (dua kanan) mendengar sesuatu diperkatak­an oleh wakil pemaju perumahan semasa melakukan lawatan kerja di tapak projek perumahan Desa Gelugur Murni, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Akmal (dua kanan) mendengar sesuatu diperkatak­an oleh wakil pemaju perumahan semasa melakukan lawatan kerja di tapak projek perumahan Desa Gelugur Murni, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia