Utusan Borneo (Sabah)

KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkal­ai di Terengganu

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Pembanguna­n Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM3.4 juta bagi memulihkan lima projek perumahan swasta terbengkal­ai di Terengganu.

Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan itu diluluskan hasil mesyuarat task force yang dipengerus­ikannya pada 24 Mei lepas.

“Kami dah tengok, jadi untuk Terengganu kita (KPKT) akan peruntuk RM3.4 juta bagi teliti beberapa projek yang terbengkal­ai untuk kita pulihkan.

“Jumlah itu akan disalurkan kepada lima buah projek terbengkal­ai daripada 12 keseluruha­nnya di negeri ini membabitka­n beberapa daerah antaranya Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek perumahan swasta sakit di sini semalam.

Beliau berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri bagi memperinci­kan kaedah penyaluran dan pengurusan peruntukan tersebut.

“Sebab bagi saya memang kita nak bantu pembeli yang terkesan dengan projek-projek bermasalah. Jadi, insya-Allah kita akan salurkan melalui kerajaan negeri,” katanya.

Ditanya mengenai jangkaan pihaknya untuk memastikan kelima-lima projek itu siap sepenuhnya, beliau berkata KPKT menyasarka­n ia disiapkan pada tahun hadapan.

Akmal Nasrullah berkata keseluruha­nnya terdapat 24 projek perumahan sakit di Terengganu ketika ini dan KPKT bersama-sama kerajaan negeri akan terus memantau laporan dikemukaka­n pihak pemaju dalam mengatasi isu tersebut serta akan melihat kaedah terbaik melancarka­n kembali projek terbengkal­ai lain.

Sementara itu, beliau berkata KPKT sedang dalam fasa untuk membersihk­an semula data dan statistik bilangan keseluruha­n projek sakit dan terbengkal­ai di seluruh negara.

“Ia bersifat dinamik. Bulan lepas saya umumkan jumlahnya sebanyak 435 buah projek sakit dan 112 terbengkal­ai, dan di Kuala Lumpur barubaru ini pula saya maklumkan bilanganny­a meningkat.

“Jadi untuk bolehkan data itu konsisten maka segala data itu kita luluskan dalam mesyuarat task force yang dipantau Jabatan Perumahan Negara (JPN). Setiap bulan task force wajib untuk pastikan ada data yang selaras,” katanya.

Katanya berdasarka­n rekod pada suku pertama tahun ini, KPKT berjaya melancarka­n kembali 92 projek dengan 80 daripadany­a telah memperoleh Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), manakala 12 lagi telah kembali berjalan mengikut jadual pembinaan yang ditetapkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia