Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000

-

MELAKA: Seorang pekerja kilang didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencederak­an bekas isterinya kerana berebut ingin membawa anak mereka berusia tujuh bulan ke sebuah klinik, tahun lepas.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhka­n hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selepas menerima pengakuan tertuduh, Syazwan Izzuddin Samsudin, 30, yang berdepan pertuduhan pilihan.

Mengikut pertuduhan, Syazwan Izzuddin didapati dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Norfarhana Azlin Azman, 24, yang ketika itu merupakan isterinya dengan cara memukul menggunaka­n tangan di bahagian kiri muka, lengan, leher dan badan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaki lima hadapan pintu masuk sebuah klinik di Taman Cempaka dalam daerah Melaka Tengah, kirakira 10 malam, 14 Ogos 2022, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, kejadian berpunca daripada salah faham antara tertuduh dan mangsa kerana berebut anak mereka yang berusia tujuh bulan pada waktu tersebut.

Difahamkan, tertuduh ingin membawa bayi tersebut ke klinik kerana tidak sihat namun dihalang oleh mangsa dan perbuatan tersebut menyebabka­n dia dipukul.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangk­an hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat manakala peguam Haslinda Abu Bakar memohon agar hukuman ringan diberikan memandangk­an ia kesalahan pertama anak guamnya serta perlu menanggung anak dan ibunya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia