Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut akibat dilanggar pemandu 4WD positif dadah

-

GUA MUSANG: Seorang warga emas maut akibat dirempuh dan diseret sejauh 7.3 meter oleh sebuah kenderaaan pacuanempa­troda(4WD)yang dipandu lelaki positif dadah di Jalan Kampung Jeram Tekoh, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kirakira 10.10 pagi ketika mangsa M Noor Awang, 67, sedang menunggang motosikal Yamaha Lagenda di lokasi tersebut.

Beliau berkata ketika kejadian, pemandu kenderaan 4WDberusia­42tahunitu­dalam perjalanan dari arah Kampung Jeram Tekoh menuju ke Kampung Baru Jeram Tekoh.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu berkenaan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentang­an dan melanggar mangsa yang datang dari arah bertentang­an.

“Kejadian menyebabka­n mangsa diseret sejauh 7.3 meter sehingga 4WD terbabit berhenti ketika merempuh sebuah rumah di sebelah kanan jalan,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Sik berkata M Noor kemudian telah dibawa ke Klinik Kesihatan Jeram Tekoh untuk rawatan, bagaimanap­un telah disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi akibat kehilangan darah yang banyak.

“Susulan itu, polis menahan pemandu kenderaan 4WD terbabit. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau penyalahgu­naan dadah di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952,” katanya.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkut­anJalan198­7iaitumema­ndu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabka­n kematian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia