Utusan Borneo (Sabah)

KSM prihatin nasib pekerja asing

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) telah mengarahka­n Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk memastikan mana-mana pekerja asing yang masuk ke negara ini telah mempunyai pekerjaan.

Menterinya V. Sivakumar berkata kementeria­nnya sangat prihatin dengan isu pekerja asing yang datang ke Malaysia namun tiada pekerjaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang hidup merempat.

“Saya telah arahkan JTK untuk pastikan majikan yang membawa masuk pekerja asing ke negara kita mempunyai kerja dan dalam masa sama memastikan perkara tersebut tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2023 Wilayah Utara di sini semalam.

Beliau mengulas isu ratusan pekerja asing yang mendakwa membayar levi untuk bekerja di Malaysia namun tiada pekerjaan ditawarkan apabila tiba di negara ini.

Sementara itu, Sivakumar berkata KSM sedia meneliti cadangan untuk mewujudkan akta khas berkaitan elaun pelajar latihan industri atau praktikal bagi mengelakka­n eksploitas­i tenaga kerja dan melindungi hak mereka.

“Saya nak jelaskan akta sedia ada (Akta Kerja 1955) mencukupi tapi kita sedia meneliti saranansar­anan pihak tertentu yang mahu kementeria­n melihat semula akta tersebut bagi memastikan hak pelajar yang menjalani latihan industri terbela,” katanya.

NHCCE 2023 yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam, berlangsun­g selama dua hari bermula kelmarin, dianjurkan oleh Human Resource Developmen­t Corporatio­n (HRD Corp) dengan kerjasama Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dengan fokus utama menumpukan pada cabaran dan peluang yang dihadapi oleh pemain industri di wilayah Utara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia