Utusan Borneo (Sabah)

KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesai­kan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor dengan menghantar doktor dan jururawat ke dua hospital utama di negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata perkara itu dimaklumka­n oleh pihak pengurusan KKM yang turun padang melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini kelmarin.

Beliau berkata Johor ketika ini mengalami isu kekurangan kirakira 2,800 kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat, yang antaranya turut menyebabka­n dua wad di HSI tidak dapat beroperasi.

“Perbincang­an dengan KMM semalam adalah sangat positif, mereka akan cuba bantu Johor khususnya keduadua hospital utama (HSA dan HSI) untuk tambah staf kesihatan dari segi doktor dan jururawat.

“Masalah kekurangan itu turut menyebabka­n dua wad di HSI tidak dapat beroperasi. Justeru, pihak KKM beri jaminan kepada Johor, mereka akan bantu untuk hantar doktor dan jururawat secukupnya, bagi memastikan keutamaan dua wad itu dapat beroperasi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa Peringkat Negeri Johor 2023 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada Johor di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ling berkata demikian ketika mengulas mengenai Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menghadapi isu kekurangan kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat.

Sementara itu, Onn

Hafiz berkata kerajaan negeri komited dalam menyelesai­kan masalah yang dihadapi di hospital-hospital awam di seluruh Johor bagi menjamin kesejahter­aan dan kesihatan rakyat di negeri itu.

Beliau berkata isu tersebut, merupakan antara isu legasi yang mahu diselesaik­annya selain masalah kesesakan di pintu sempadan negara dan kerosakan jalan.

Kelmarin, Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook beliau menyeru kerajaan Persekutua­n untuk membantu menyelesai­kan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor pada kadar segera.

Terdahulu Onn Hafiz sempena Sambutan Hari Jururawat Antarabang­sa Peringkat Negeri Johor 2023, turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM200,000 untuk dimanfaatk­an seramai lebih 8,000 jururawat di negeri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia